0

Keuntungan Wahai Lelaki Yang Soleh

Setiap lelaki mempunyai tanggungjawab yang besar di dunia...
Memimpin wanita menuju ke syurga...
Namun sedarkah anda lelaki soleh mempunyai ganjaran yang sangat besar di Syurga kelak...
Ganjaran yang tiada tolok banding kenikmatannya...
Sekiranya anda mengamalkan "Ammar Ma'ruf Nahi Mungkar"
 Maka berbahagialah wahai lelaki soleh...
Bidadari Syurga menanti anda...
Sebagai isteri di Syurga...

0

Sisa-sisa cuti

Huuhhh, dush, bushhh, aku taw lama dah tak menghupdate my blog nie. Yer, bukan buzy mana pon, tapi aku malaz. Malaz nak taip. Kawin rajin. Hoii, nape sebut pasal nie, karut semua tue. Malaz sebab cuti nie, sebab memikirkan apa yang perlu dibuat. Sampai je, di tanah Negeri Lahir aku nie, mula la berkumandang lagu sedetik lebih nie. Wassupp, lagu tue derr. Hingat balek nie satu mercu kebebasan, Hupenyer selain kuar berjalan seperti biasa, sambil menghabiskan sisa-sisa kat dalam my pocket nie, sambil tue jugak la, perut aku semakin diisi dengan masakan my mom nie. Taw lah kat umah nie, semua suka masak. Dah tue sape nak makan, my muncet jugak.

0

Kertas dan Dakwat Pen

Jam waktu Malaysia menunjukkan pukul 3.30 pagi. Mata masih segar bugar lagi. Ntah kenapa hari nie aku terlalu obses untuk menghabiskan nota-nota yang terakhir untuk exam kali nie. Seriously pas nie mesti aku miss giler ahh kat my nota-nota yang menemani waktu tidurku. Cehh bukan rajin mana pon, tapi semangat dan usaha tue tetap ada, atleast im proud kat muncit sebab selalu tahan je azab kelaparan pagi-pagi buta nie.

2

Bom Merang atau Bom Mereng

Di suatu pagi, saat anak-anak mata aku keseronokkan dalam waktu rehatnya, damm ntah bunyi lagu sumbang mana ahh mendayu-dayu kat telinga aku. Nak diikutkan hati makan penampar kan aku bagi, saiz tapak Big Foot kang melekat kat pipi mu. Hati yang kembang kecut menahan azab kesakitan nie pon bangun dari waktu lenaku sambil mencari bunyi tadi tue. Ohhh my mucuk ncet aku dah. Nak kata pasang alarm selalu langgar. Nie mesti ada emengency call.

Dengan sepantas tak nak kilat nyer aku berjalan anak sambil berjalan dengan muka tempoyak basi, air liur kat pipi masih tertacap mengangangkat my mucuk.

4

Shopping Buku...Apakah?

Kalo aku habaq kat Mak Cik Pah belakang umah aku, sebelah tiang lampu, berhadapan dengan umah Pak Mat Kenet yang ada kandang lembu, mesti dye gelak mengembOOO. Apakah maknayer yer?
Rusa masuk bandar ke? Orang kata kalo masuk kandang kambing mengembek, kalo masuk kandang harimau mengaum. Ahhh mengarut lah.

DunIOwi...Its Reality

Tajuk entry kali nie tak ada kena mengena pon dengan apa yang aku nak citer. Kisah nie berkisahkan ketegangan yang melanda dijiwaku. Ini benar-benar masak dan tak masuk akal. Aku jarang dapat adiah perasaan cam nie. But still normal dan perasaan nie memang lah untuk dye pon.

3 bulan dah tak balik, ingatkan tahan, rupanyer sangap dah. HEM, ini bukan kisah disco yer, ini kisah aku dan keluargaku. Rindu lah ya amat. Sedar tak sedar dah 3 bulan aku tak balik rumah. Ini lah kisah hidup perantau.
3 hari sebelum aku menulis entry ini.

Ketenangan yang dicari

 Muhasabah diri,

Kadang kala kehidupan ini memang sukar dijangka. Perancangan yang baik tidak semestinya berakhir dengan baik. Pada aku, aku percaya pada takdir yang telah ditentukan oleh Allah. Sebaik-baik perancangan kita, sebaik-baik lagi perancangan daripada Allah S.W.T. Sesungguhnya kita hanya lah manusia biasa yang sentiasa mahu mencari ketenangan dalam kehidupan yang diredhai oleh Allah.

0

Usaha haruslah diiringi dengan doa


Alhamdulilah past paper first aku. Macam biasa lah sebelum exam start je aku mesti gelabah tiba-tiba. Hem kenapa ye??? Perkara nie selalu terjadi setiap kali aku nak masuk exam. Mungkin aku lupa untuk berdoa kepadanya bahawasanya Allah yang menentukan berjaya atau tidak aku untuk paper kali nie. Nampak iman aku masih belum cukup kuat.

Walaupun kita usaha dengan baca sebanyak manapun, jika kita lupa untuk berdoa dan meminta pertolongan daripadanya, nescaya kejayaan itu masih belum mudah untuk dicapai.

So nasihat aku sebelum nak menjawab exam, kita haruslah membaca doa untuk dipermudahkan menjawab dalam paper yang kita amek. Kadang-kadang kita lupa setinggi mana pun kita study, sepandai mana pun kita dalam dunia ini, jika tanpa izinya kita tidak akan berjaya.

 

Doa yang baik untuk diamalkan sebelum menjawab exam:

1. Al- Fatihah -7 kali.
2. Selawat 7 kali
3. Subhanallah 44 kali
4. Alhamdulilah 44 kali
5. Allah hu Akbar 44 kali
6. Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali

Seterusnya membaca doa. Lebih sesuai jika dibuat sebelum melangkah ke dewan peperiksaan.

Doa yang baik untuk diamalkan sebelum memulakan pembacaan buku. 



(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,
wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin
)
Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul
serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu,
juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"

Doa sebelum masuk ke dewan peperiksaan.

 
(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)
Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)


Doa sewaktu lupa menjawab soalan.


(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu
Allahumma zakkirnii maa nasiit
) 3 kali

 Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)

Doa memohon Kejayaan Cemerlang. Baik diamalkan dengan membaca sebelum tidur.






(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha
wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'
wan nasra alaal a'daa')


 Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan,  tempat para syuhada'
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh

"Kita hanya mampu merancang, tetapi Allah yang menentukan"
Semoga entry kali ini dapat kita manfaatkan bersama.



Back to Top