0

Trio terhebat Memukau aksi Di Wembley.

Glory MU, Glory MU, Glory MU, tetap dihati, Aku bukan sesetengah orang bila kalah je kutuk, bila menang di sanjung sampai ke langit. Walaupun Manchaster United kalah but aku still sanjung kelab bimbingan Alex Ferguson yang pada aku terbaik dalam yang kalangan kelab dunia masa kini. Namun aksi memukau Trio yang dikenal the killer Football masa kini sememangnya harus mendapat pujian. Lebih-lebih lagi aksi yang memukau di Wembley dengan deretan peluang yang dimiliki sehingga kelab yang gah seperti Manchaster United tergamam dan tidak berdaya melawannya. Aku rasa terhibur dengan aksi yang berakhirnya dengan kemenangan kelab yang berprofil tinggi oleh bimbingan Pep Guardiola. Pasukan Barcelona akhirnya mengesahkan kejuaraan sebagai status juara kelab eropah pada tahun ini. Trio yang dimaksudkan ialah:

Dari kiri Andre Iniesta, Lionel Messi, dan Xabi Hernandez, sememangnya lagend untuk aku. Skill yang tinggi dengan kelincahan dan kepintaran Xabi dalam menterjemahkan peluang, kebijaksanaan Iniesta mencari peluang dan kelincahan serta ketajaman Messi dalam menjaringkan gol cukup perfect bagi aku dalam sesebuah pasukan.









Pape pon Taniah Barcelona. Kepada MU, kita tunggu tawon depan. Wasalam.
0

Pilihan terakhir Lepas SPM...

Kata-kata aluan
Belajar rajin-rajin sampai ke menara gading, yang nie pesan mak dan ayah aku. Biar bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian, yang nie pesan cikgu-cikgu aku. Banyak lagi kata-kata pembakar semangat yang sentiasa aku ingat. Entry kali nie tertiba nak bukak citer lame. This story is true tak ada kena mengena yang mati, tapi confirm la yang hidup dan mengenali aku nie ada sangkut pautnyer.

Cerita PON bermula
Bila teringat cerita lepas SPM nie,rasa kelaka pon ada, rasa pelik berbenor pon ada. Yelah mana taknyer, aku nie bukan la kategori budak pandai. Bise-bise je. UPSR pon dapat 3A je. PMR plak 3A je. SPM plak 2A je. JE...Nie aku tak tipu ye. Nak bagi taw korang la, sape kata budak pandai tak ley masuk Universiti. Nie bukan nak berlagak ataupun nak jelaz kan korang, Tapi nak bagi tau korang semua, ada pepatah mengatakan usaha tangga kejayaan. So budak bodoh macam aku pon kalau usaha, insyaallah akan mendapat kejayaan. Kita selalu tegok orang berjaya, kenapa kita tak boleh berjaya? Dye orang yang berjaya tue ada bape otak? Satukan. Kita tegok diri kita plak otak kita ada bape. 1 jugakkan. So kenapa kita tak ley berjaya macam dye orang? Persoalan ini selalu bermain dalam fikiran aku time-time abis exam besar dgn Kuar result. Aku selalu nangis, bila result kuar lagi-lagi pas SPM WO, Demo sume pegi uitm, kolej, politeknik, matrix, yang aku nie em dapat politeknik tapi jurusan aku tak minat. Tinggal la aku dan de geng bape ketul je. Cian tak? Feel time tue memang jiwa kacau wo, silap-silap kalo tak kuat iman, bole mati wo. YElah mana taknye TIDO TAK LENA, MAKAN TAK KENYANG. dah peras menongeng la masa tue.

Pilihan terakhir aku taye mak aku, aku cakap aku tak nak sambung belajar nak kejar je. Babnye abis spm aku keja. Mak aku cakap gaji ko berapa sekarang nie? Aku cakap la gaji sekarang RM 600 mak banyak sambil wat muka poyo. Mak aku pon cakap RM 600 banyak, pale otak ko, sekarang memang la cukup sebab ko sorang sok lusa ko dah kawin, ko nak bagi binik dengan anak ko makan apa. Makan pasir la anak-binik ko kata mak aku. So muka dah bengang nie, bengang abis kalo orang lain aku dah tibai dah nasib mak aku. Mak aku bagi satu jalan solat istiharah.

Aku pon solat istiharah malam tue. Alhamdulilah tertiba sok surat tawaran form 6 pon sampai. Aku pon masa tue tak taw form 6 tue apa. Aku ingat abis SPM dah tak ada sekolah. Upanyer ada lagi ea. Tapi time dapat tue bukan minat pon. Sebabkan sayang mak aku, aku pon masuk la form 6. Alhamdulilah sekali lagi walaupun aku merelakan diri dengan memakai pakaian sekolah untuk penambahan 1 tahun setengah, akhirnyer berbaloi jua. Paling Dasyat giler, masa dapat result STPM, Mak aku senyum wo. Yelah selama nie dapat result je mak aku buat muka. Buat muka pelik-pelik la sampai aku dah hafal dah. Akhirnyer berkat aku belajar Form 6 di sekolah keramat aku di SMK Taman Kluang barat la aku berjaya melangkah ke Menara Gading. Dedikasi khas untuk teman-teman seperjuangan dan cikgu-cikgu yang telah berjasa kepada aku.

nie gambar-gambar cikgu tercinta

Budak-budak kelas geografi 6A2. memang hot-hot

kumpulan geng 501

Geng 501 nie terdiri daripada fad, sharmin, naga, ganesan, sivaraj n the king kat belakang sekali tue prabagaran
NIe pic time raya budak kelas Sejarah 6A1,

TRIO-TRIO Geng Rock Kapak

Bebudak lower 6 Time aku Upper 6
Sekian Wasalam.....
2

Kaki wayang kesedihan....

Serius lama tak update kat my lovely blog aku nie, harap maklum ler busy cikit sekarang nie. Actually tak la busy mana pon saje je bikin panas, sepanas pisang goreng.wawawa.

Aku Pencinta Movie

Tapi kat umah nie aku rasa kesunyian pulak, yela sejak jatuh kepada status single nie, sape lah nak teman aku nie. Kawan-kawan pulak busy dengan aktiviti masing-masing. Tinggallah aku sorang-sorang. Sebenarnya aku nie kaki wayang, pantang dek movie yang hot-hot sekarang nie, seangkatan hotnye, Tiz Zaqiyyah tue. Bukan apa, cet nak habak la kat angpa semua, cet nie dah naik mengidam nak tegok movie kat wayang. Lagi-lagi citer yang bakal meletop-letop macam gunung berapi nie, Nur Kasih The Movie.

Tapi tue la masalhnye...tak decide lagi nak tegok dengan sape nie. Takkan nak tegok sorang-sorang, Pagi plak tue,eeeee tak ada feel lorh. Pape pon aku rasa filem nie memang among the best from Khabir Bhatia. Tak sabar nak tegok movie nie. Harap-harap ada yang sudi menemani aku.

Filem kedua

Pirates of Caribiean 4...


Sekali lagi aku berbelah bagi plak. Yang nie my favourite actor, The Character Jack Sparrow. Kapten lanun yang paling aku kagumi memang tidak pernah menghampakan aku. So mana-mana filem pon kalo ada Jack Sparrowm confirm aku serbu beb.

Pape pon dua-dua filem wajib tegok, bila atau dengan sape, tak jadi masalah, sebabnye AKU KAN KAKI WAYANG.
0

Saya sayang sekolah......Happy Teachers Day

Ayat-ayat semerah padi

Dedikasi khas..ku berikan...Kau yang bernama Guru. Walaupun tiada sekuntum mahupun sejambak ros merah dapat ku berikan, tapi ingin kuluahkan dengan hati yang tulus dan ikhlas, jasamu tetapku kunang sampai mati. Entry kali ini aku nak cerita mengapa jasa yang dipanggil dengan nama guru, amat bernilai lebih dari segala-galanya. Tanpa guru sapalah aku. Tanpa guru aku tak berada pada tahap ini. Tanpa guru aku kosong. Tapi kehadiran mu dalam hidup aku memberi sejuta warna, lebih daripada warna pelangi mahupun segala warna dalam dunia ini. Kehadiran mu jua memberikan aku kejayaan yang sama sekali mustahil untuk aku berdiri seorang diri. Insyaallah dengan berkat doa mu aku akan berusaha mengenggam segulung ijazah, agar apa yang dicurahkan oleh mu selama 20 tahun kepada ku disekolah tidak sia-sia.

Selingan choclate choki-choki

HAR...hari tue abang ada bagi ceramahkan adik-adik kat sekolah, entry kali ini korang bacalah sebabnyerkan, nie lah pengalama abang 20 tahun kat sekolah, sampai abang rasa tak jemu nak citer pasal sekolah arie-arie......arie-arie...yelah...arie-arie....

Sejarah setelah dipendekkan ceritanyer 

Bermulanya era persekolahan aku pada tanggal 1.1. 1996, aku sekolah tadika, di tadika kemas skudai Johor. Seterusnya sekolah di sekolah chown wah skudai pada umur 6 tahun. Umur 7 tahun sekolah di Sk Skudai. Masuk Darjah 1 hingga darjah lima sekolah di SK Simpang pulai skudai. Darjah enam pula sekolah di SK Ayer Hitam. Har result UPSR tak lak gempak sangat tapi kira terbaek la untuk usaha aku dan guru-guru plus mak dan pak aku yer. Masusk era sekolah menengah Form 1 sekolah di SMK Datuk Menteri. Form 2 hingga Form 5 di SMK Seri Lalang. Form 6 di SMK Taman Kluang Barat. Aku berakhir era persekolahan aku pada detik bulan 12 2009. Bulan keramat tue, tapi mistake 1 point la, date tue tak igat, huhuhuh, sape-sape igat ley bagi taw fad yer..

Macam Mana kat sekolah?

 Nak citer lebihkan kata bangga diri, tapi aku bukan lah among the best student kat sekolah, tapi satu yang aku belajar dari kecik samapi sekarang ialah jangan sesekali sakitkan hati cikgu. Why i say like that, sebabnyer sekali anda sakitkan hati cikgu, beribu-ribu kali ganda ilmu yang kita dapat tidak berkat sama sekali. Kenapa kita nak sakitkan hati cikgu? Nie selalu aku pelik dengan budak-budak sekarang nie, tak kenang dek untung. Cikgu nie dah nasihat sampai berbuih-buih mulut cikgu nie, tue pon masih kata cikgu nie bising, pot-pet, pot-pet. Abis tue kalo cikgu tak bising korang ada dengar kata, kalo cikgu diam je, korang kata cikgu nie pendiam, sombong, bila cikgu cuit cikit dikata cikgu nie garang selalu marah saya, selalu pukul saya. Yang peliknye cikgu nie pukul manja je, dengan harapan nak bagi keinsafan dekat murid-murid yang keras kepala macam batu tongkol nie. TUe pon tak dengar kata. Tak tau la budak sekarang nie. Satu je la yang aku dapat detect kat sini, BUDAK SEKARAN TERLALU MANJA.
 

Apa korang harus buat?

Nie dengar yer tak kira la besar mana kita, besar mana mak bapak kita, guru jangan sesekali kita permainkan. Guru selalu sentiasa ingin berbakti kepada negara dengan memberi segala tunjuk ajar kepada murid-murid. Tanpa guru siapalah kita. So aku harap sangat-sangat sayangilah guru anda seperti nyawa anda sendiri. Kenapa aku tulis cam nie kerana korang rasalah bagaimana bila korang berjaya nanti dengan hasil curahan ilmu oleh guru-guru. Dan lebih manis lagi bila guru-guru berbangga dan memberi kepercayaan kepada anda yang dah berjaya untuk memberi nasihat kepada murid-murid yang dibimbing oleh guru anda sendiri. Aku bagai nak menangis bila aku terpilih dalam kalangan itu. So aku bukan nak berbangga diri tapi ini berdasarkan pengalaman aku yang sebelum ini digelar PELAJAR SEKOLAH.

Ending

Selamat Hari Guru aku ucapkan kepada guru-guru di Malaysia dan di seluruh Dunia juga.
3

MY Best Friend.....

Kata-kata aluan

Salam....Entry kali ini aku dedikasikan kepada rakan-rakan yang aku sanjungi..
Tanpa korang sapalah aku dalam dunia nie...
Aku memang jiwang, gatai, kadang-kadang menyakitkan hati korang dan merimaskan korang...
Tapi aku buat semua nie kat korang je...yang aku anggap sahabat dunia dan akhirat...
Aku suka berkawan, dengan korang kerana korang amat istimewa untuk aku...kerana sahabat pada aku amat bernilai, lebih bernilai dari emas dan permata. Sahabat tidak dapat dibeli walau sebesar mana pon kekayaan yang dimiliki kita kat dunia nie. Bak kata pepatah-pepatah melayu mengatakan biar kawan beribu, musuh jangan sekali. Aku mintak maaf kalau ada menyakitkan hati kawan-kawan aku. Aku cuma sekadar bergurau, dan kadang-kadang niat tue hanya sekadar mengigati. Tetapi lumrah hidup, la kalau ada yang tidak dapat menerimanya sebagai gurauan. Sekali lagi aku mintak maaf. So entry nie bukan nak buat citer sedih atau citer simpati, tetapi aku dedikasikan khas untuk korang.

Bermula sahabat sejati aku kat USM.
 Dialah tempat aku mengadu ketika sedih dan tempat happy bila gembira....

akmal dan rumate fauzi kejayaanku
nazuhan atau brother john yang kacak tue

kimi mustakim yang cool

adam lambertt..eh silap adam abu bakar

amar yang comel
apiz mupie yg berbakat besar

trio sk fami, yaa hafiz malek, fami mazelan...kacak-kacak belaka

Nie geng pompuan...
anis, ila, faiznur, ariena, lina,..sume cantik-cantik belaka

naa, umai...yang baik hati
ching ween man..my famous good frenz...i always remember u..n miss u..
Sume kat atas tadi adalah tempat aku bermain, bergurau dan tempat aku lepak-lepak pi makan. Korang sangat best pada aku, aku anggap korang best frenz aku sebab korang selalu ada ketika susah dan senang. Kawan pada aku tempat untuk kita meluahkan perasaan dan tempat untuk mencari jalan penyelesaian masalah. Tanpa korang aku rasa hidup nie tak bermakna. Adanya korang hidup akan lebih sempoi dan amat bernilai dalam setiap masa yang kita lalui dalam kehidupan ini.


Kedua.yg special

coen nurul
 Coen nie awek kawan aku....aku suka kawan dengan dia kerana dia nie baik hati., tapi kadang-kadang mulut dye laser nar.....tapi tak apa aku anggap sebagai gurauan dan nasihat. Thankz sudi kawan dengan aku.
kak Ulyana
 Kak Ulyana nie special cikit. Kerana selalu bantu aku untuk menyelesaikan kerunsingan dalam pelajaran. Dia juga orangnyer manis, baik dan paling best dua kepala dengan aku woooo. Thankz kak sudi kawan dengan fad.
Izham
Izham pula my god frenz sebab selalu komen aku puya blog. Dia nie nak kata baik tak la sangat, sebabnyer kadang-kadang kejam la, tapi kejam dye sekadar gurauan, dia hensem, smart dan bijak so sape nak dye, copat la sebelum melepas, serious tak tipu, tak caye taye mak dia kat kluang, hehehe, betul tak am.




Nama dye nie kat fb euforia cintanya, hehehe aq pngl ko dan aku je.hahaha. Special tentang dye nie, nak bukak citer cikit la, kami tak bape kenal pon sebenarnye dan tak pernah jumpa, tapi apa yang special tentang dye nie kan dye nie tak sombong, Siap tolong aku untuk design blog aku. Tue yang best kawan dengan dye nie. Aku ter..ter taw amek gambar ko sory yer. Ampun banyak-banyak.

The last person

Jeng-jeng-jeng sape yer, dye sahabat aku yang amat special la. Dye juga yang selalu nasihat aku dan mintak nasihat dari aku. Dye juga yang tolong aku dapat kerja yang aku akan start arie nie. Nama dye aniza, Aku pangil dye camel. Kenapa Camel sebab sejarah kami ketika bekerja di the store masa aku habis STPM la. Nak citer lebih tak ley la. Kalo nak juga jom pi lepak khalel ea. Nanti aku citer secara details.

Noor Aniza yg cute la jugak :p

Kawan Rahsia.

Kedua nie baru kenal la...nama dye rahsia. Aku seka kawan dan chat dengan dye. Kalo dye baca lah blog aku, aku nak bagi taw la sangat best kawan dengan dye dan dye nie baik, kelakar dan dua kepala dengan aku. Sangat happy kawan dengan dye, So harap-harap dye dapat lelaki yang diidamkan dye, Nasihat aku berhati-hati dengan lelaki sebab dye cantik jangan tersalah pilih.
0

Pengalaman yang tak dijanga!!!! Berani mati LOrhhh...

Kata-kata aluan dari tulus hati aku mamat jiwang.

Salam.....muhibah ku ucapkan...
aku nak mintak maaf terlebih dahulu kerana sebelum nie ada yang mintak baiki penulisan aku nie.
Ada lah peminat blog nie suruh aku memperbaiki penulisan aku. Thankz kat my good prenz izham kerana sudi membaca blog aku yang tidak seberapa nie. Insyaallah aku akan perbaiki dari semasa ke semasa. Korang kalau nak komen pas nie jangan segan silu. Aku akan dengar cayelah...Cer caye...ye.... 

Masuk topik Entry kat atas tue, har citernye akan bermula, kita akan mula dari awal sampai akhir.
Kawan-kawan bacalah sampai habis ye. Tapi bagi yang tak berminat tak paksa. Ini pengalaman wo bukan citer tipu atau citer hindustan yang nangis-nagis tue atau citer tamil yang terbang-terbang tue. Citer nie betul wo aku tak tipu kalo wa tipu wa berdosa lorh. Cerita ini juga tidak ada kaitan yang mati dan especially compom la yang hidop tak ada kena mengena sama dua kali.

Babak satu

Pada tanggal 7 MEI aku rasa loyer-loyer. kenapa yer? Nak kata aku mengandung...ya allah tak mungkin aku kan laki. Mengikut kajian masa aku belajar sains dulu-dulu...hahaha..dulu-dulu tak ley belah ayat nie. Aku yakin tak mungkin. Har aku taw la nie, nie mesti poning nak balik Johor ke Atau nak pi jalan-jalan dulu.
Dipendekkan cerita satu bisikan, bisikan, korang taw bisikan.
Bisikan mengikut kamus dewan bahasa FAD BTB bermaksud kata hati, kata hatiku meronta-ronta tak yah balik pi umah pakcik kat KL tue nak merapatkan ukhuwah kan baik tue. Kata hati yang baik, (Koma jgn caye mamat nie bukan nak merapatkan ukhuwah..nak berjalan la tue, si Fad niekan kaki jalan tipu jer dye tue nak merapatkan ukhuwah konon..hem...ley jalan la.)

Kata hati jahat ( sibuk la ko gi solat kan dah azan tue ish menyibuk, kedaah, kan jauh perjalanan luas pemandangan aku yang jahat nie pon taw peribahasa, hehehe jangan marah narhh...)

Babak 2

Feel kesoronokkan...kalo terlalu seronok, jadinya beronok-ronok la tue aku pon call my uncle yang duk kat bandar panas cam penang nie.

Fad: Asalamualaikum, pak ngah. Pak ngah keja tak arie nie.
Uncle: Waalaikumsalam, aku jawab salam dulu larh, apa ke bangang ko nie, hari sabtu keja la, kan pakcik    cuti arie ahad, ko nie harap belajar usm je.
Fad: Amboi pak ngah, loyer buruk nar, kat USM mana belajar semua tue, Abg AT belajar communication je gempak tak. Nak bagi taw petang sampai KL LA, dalam pukul 5 pak ngah amek taw. Abg At turun kat kl sentral.
Uncle: Har ye lah turun kat Kl sentral nati Pakngah amek, jangan sesat, kalo sesat buat malu jer hahahah sambil ketawa setannye....

Babak 3

Dipendekkan cerita aku kuat tidor. Aku boleh tido je sepanjang perjalanan Penang ke KL TUe.
Bila aku terjaga, allah terlepas, nie kat pudu nie, aduh kl sentarl dah lepas, bengong la aku nie tidor lagi.
Sampai pudu compom la aku turun tak kan nak tidor lagi, kan kawan-kawan.
Dalam hati aku apa lagi call pkngah, mampus la aku kena gelak ngan pakngah nie.

Fad: Assalamualikum pakngah yang encem, baik hati, sopan santon, fad dah sampai yeay...
Uncle: ko kenapa dah buang tabiat. NATI pak ngah amek ko.
Fad: Dah sampai kat pudu hehehe, tertido la, pk ngah amek yer kat pudu,
Uncle: Apa pudu, bengong la ko nie..aku suwoh turun kl sentral la bukan pudu...budak nie...pk nagh ada keja nie nanti mira amek.
Fad: Mira ada kat KL YEAY...kul bape nak amek,
Uncle: Mira ada keja ko tunggu sana, kejap je dalam kul 8 mira sampai..
Fad: Kul 8,kejap, apa yang kejap, lama tue, aduh nak wat per kat cini????
Uncle: Ko wat la pandai, jangan wat bodoh suda la.

Babak 4

Nama aku fad, nama pendek je nie, aku tak suka buang masa jadi aku nak pi jalan-jalan sebelum mira sampai. Har aku taw nak wat apa kita maen LRT. Aku dah lama tak naek lrt nie. (sebenarnye nak tegok awek-awek KL je, motifnye la.)
Dipendekkan cerita aku naek la dari stage 1 sampai ujung, sampai chow sow lin aku turun maen pusing-pusing macam orang jakun, dekat 5 kali.
Apa macam sempoi tak. Pas tue tak taw wat per beli tiket pegi bandar tasik selatan kata orang-orang tempatan yang ditemu ramah, hehehe, aku kan bakal wartawan, test power la kirakan.
Bandar tasik selatan nie untuk beli tiket balik ke negeri selatan. Apa lagi my home kan kat joho jadi wat keja giler lagi nak gi usya la tempat tue. Tapi aku kan tak taw jalan, Belasah je la janji sampai. Aku pon gerak la. Sampai sana, wow besarnye, pi la tegok tempat beli tiket ada banyak tue, bagus-bagus, nanti balik joho nak naek dari cini la suwoh mira antar, Aku pon beli tiket la nak balik kan sok. Tapi pikir mira ada balik 9 Mei la, baru gempak.( Kata hati baik: Gempak otak lu, nanti mak ko taw mampus ko!!!!)
(Kata hati jahat: Rileks la der hidup sekali je, jadi sebelum mampos baek wat amal jariah kan baik, pewet GEMPAK GITU!!!)
TIBA-TIBA kocek aku bergegar tahap maksimum, ada apa nie mana ada aku letak binatang kat kocek seluar aku nie.Eh, ncet la alamal mira call, miscall 6 kali, cam ne tak perasan nie, mungkin bising sangat, aku angkat la.

Fad: Har nak amek ea???
Mira: Yela ko kat ne???
Fad: Alamak tak kan nak jujur, tipu la, aku sakit perut kat toilet nie, ko tunggu 10 minat, hehehe amek ko!!!!
Mira: Cepat la, time-time cam nie perut ko buat hal ea, yela tue, cam aku baru kenal ko, pape nati citer kat aku dalam keta cepat taw!!!!!
Fad: Tak yer jugak mestilah dye kenal aku, aku kan sepupu tercinta dye hahaha,,,sambil gelak sopan santun bab depan ada awek cun, serius cun giler!!!!

Bab 5

Sampai pudu naek LRT lagi la. naek teksi mahal, jadi jimat la cikit hehehe, Salpai pudu cari mira pastu apa lagi terus pegi umah pakngah, Dalam kereta kami gelak je, aku pon gelak bila citer kat mira. Mira kata apa tue la kalo orang kampung masuk bandar hahaha. Jadi jakun hahaha.,,,kuang asam ko mira, i dari kluang ok, kluang sambil sebut dalam bahasa orang puteh. Sampai umah pkngah aku pegi solat jap pas tue makan-makan dan lepak-lepak ngan paknagh.


Penutup


BUat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Aku tak buat salah so happy je la.
Entry pas nie nak buat hari ibu. Thaknz kawan-kawan yang sudi baca. Yang baik jadikan teladan yang jahat tue tak yah ikut la yer...WASALAM.


kaki tangan: Entry kali nie tak ada gambar, sory ye kawan-kawan.
0

Cuti sem...nak wat ape yer?????

Assalamualaikum.....korang....
Entry kali nie nak wat pa time cuti sem...
cuti empat bulan...lama tue.....
tak kan nak jadi suru rumah tangga....sepenuh masa..
no way!!!!!

Goyang kaki kat umah....
makan...tido...makan tido...
no...way!!!!
kan nanti boroi perut ku yang comel nie....

so kawan-kawan nak wat pa cuti sem nie..????? 

......mula la.....terkinja-kinja...
macam kera busuk cari nangka.....

bukan apa dalam fikiran nie....bercelaru..tak taw nak wat apa....
so dalam fikiran sekarang ase-ase nak wat kerja part time la....
tambah la wet kocek nie...... 

mak kata jangan buang mase..
FAD cuti nie wat kerja berfaedah ye....
jangan jadi orang yang membuang masa... kata emakku....
jadilah manusia yang sentiasa mencari pengalaman...
atleast boleh guna untuk masa depan....
pengalaman kan mendewasakan kita!!!!!

so tak kan nak merempit.....no....salah disisi undang-undang...
baek merempit kat litar...ley jadi pelumba motosikal..hehehe



Plan A



so first thing dalam kotak fikiranku......nak kerja office boy>>>
baru antar resume kat pakcik...harap diterima...sebabnye teringin nak cari pengalaman sebagai office boy kat bandar yang busy sangat tue....kat kelang!!!!harap-harap diterima.....

Plan B



Har nak jadi WAITER....kat kluang mall.....
rasa-rasa nak cari pengalam baru sebagai waiter....
macam best je ley layan mat-mat saleh yang always speaking tue...
atleast dapat lah improve my confident dalam speaking menspeaking nie hehehe...
hello mr...miss,,,can i take order please!!!!!
terbaek....

Plan C

Jadi promoter je la..kat shoping complex......
ase-ase best jugak...
sambil tue ley pilih-pilih baju yang berkenan dihati...
yelah..atleast ley check time discount mase sale....har dapat lah harga durian runtuh......

nie lah plan A sampai C ....
harap-harap salah satu sangkut...
korang plak cam ne??????
8

bila cinta tak terbalas?????apa feel korang????

Bila sebut pasal cinta Nie....aku tak berapa mahir..
kat entry baru nie...i just story what i feel...
the entry.......bila cinta tak terbalas......so sad......
perkara nie bukan sekali dua....tapi dah berkali-kali...
yelah.....macam banyak kali yang kita dengar...cinta tue kan buta...

i just luahkan perasaan kat blog je la...
nak citer kat kawan-kawan...segan....
kena kutuk ada la...hahaha....




kenapa bila kita mendapat harapan....tapi harapan 2 tak indah pon...
malah kadang-kadang harapan tue meyakitkan...

Nak citer pasal cinta tak terbalas....
maksudnye apa???mestilah...
kita suka kat seseorang tue..tapi ternyata kita hanya syok sendiri....
hehehe..cinta syok sendiri..SS LA 2...
korang pernah tak alami.....?????

kadang-kadang tertanya juga....adakah aku tak cukup baik untuknye...
mungkin dye dah ada orang lain....
2 lah cinta kalo nak taw...walaupun dye dah berpunya...tapi nak juga....
so bila dye kate "awak  saya tak nak awak....awak faham ye..saya dah ada yang punya"
oh no....rasa.....giler..macam hancur hati ini...pecah berderai....
namun hidup harus diteruskan.......
so kawan-kawan yang nak bercinta tue janganlah tangkap muat....
pilihlah yang terbaek okie......

this story benar..tak men copy n paste okie...
pape pon hiddup bukan ye perlu bercinta je...
kadang-kadang kita perlu mencapai cita-cita kita yang menanti masa depan..yang lebih baik..
so sad  arie nie...tidak!!!!
sekian wasalam.....



Back to Top