0

Saya sayang sekolah......Happy Teachers Day

Ayat-ayat semerah padi

Dedikasi khas..ku berikan...Kau yang bernama Guru. Walaupun tiada sekuntum mahupun sejambak ros merah dapat ku berikan, tapi ingin kuluahkan dengan hati yang tulus dan ikhlas, jasamu tetapku kunang sampai mati. Entry kali ini aku nak cerita mengapa jasa yang dipanggil dengan nama guru, amat bernilai lebih dari segala-galanya. Tanpa guru sapalah aku. Tanpa guru aku tak berada pada tahap ini. Tanpa guru aku kosong. Tapi kehadiran mu dalam hidup aku memberi sejuta warna, lebih daripada warna pelangi mahupun segala warna dalam dunia ini. Kehadiran mu jua memberikan aku kejayaan yang sama sekali mustahil untuk aku berdiri seorang diri. Insyaallah dengan berkat doa mu aku akan berusaha mengenggam segulung ijazah, agar apa yang dicurahkan oleh mu selama 20 tahun kepada ku disekolah tidak sia-sia.

Selingan choclate choki-choki

HAR...hari tue abang ada bagi ceramahkan adik-adik kat sekolah, entry kali ini korang bacalah sebabnyerkan, nie lah pengalama abang 20 tahun kat sekolah, sampai abang rasa tak jemu nak citer pasal sekolah arie-arie......arie-arie...yelah...arie-arie....

Sejarah setelah dipendekkan ceritanyer 

Bermulanya era persekolahan aku pada tanggal 1.1. 1996, aku sekolah tadika, di tadika kemas skudai Johor. Seterusnya sekolah di sekolah chown wah skudai pada umur 6 tahun. Umur 7 tahun sekolah di Sk Skudai. Masuk Darjah 1 hingga darjah lima sekolah di SK Simpang pulai skudai. Darjah enam pula sekolah di SK Ayer Hitam. Har result UPSR tak lak gempak sangat tapi kira terbaek la untuk usaha aku dan guru-guru plus mak dan pak aku yer. Masusk era sekolah menengah Form 1 sekolah di SMK Datuk Menteri. Form 2 hingga Form 5 di SMK Seri Lalang. Form 6 di SMK Taman Kluang Barat. Aku berakhir era persekolahan aku pada detik bulan 12 2009. Bulan keramat tue, tapi mistake 1 point la, date tue tak igat, huhuhuh, sape-sape igat ley bagi taw fad yer..

Macam Mana kat sekolah?

 Nak citer lebihkan kata bangga diri, tapi aku bukan lah among the best student kat sekolah, tapi satu yang aku belajar dari kecik samapi sekarang ialah jangan sesekali sakitkan hati cikgu. Why i say like that, sebabnyer sekali anda sakitkan hati cikgu, beribu-ribu kali ganda ilmu yang kita dapat tidak berkat sama sekali. Kenapa kita nak sakitkan hati cikgu? Nie selalu aku pelik dengan budak-budak sekarang nie, tak kenang dek untung. Cikgu nie dah nasihat sampai berbuih-buih mulut cikgu nie, tue pon masih kata cikgu nie bising, pot-pet, pot-pet. Abis tue kalo cikgu tak bising korang ada dengar kata, kalo cikgu diam je, korang kata cikgu nie pendiam, sombong, bila cikgu cuit cikit dikata cikgu nie garang selalu marah saya, selalu pukul saya. Yang peliknye cikgu nie pukul manja je, dengan harapan nak bagi keinsafan dekat murid-murid yang keras kepala macam batu tongkol nie. TUe pon tak dengar kata. Tak tau la budak sekarang nie. Satu je la yang aku dapat detect kat sini, BUDAK SEKARAN TERLALU MANJA.
 

Apa korang harus buat?

Nie dengar yer tak kira la besar mana kita, besar mana mak bapak kita, guru jangan sesekali kita permainkan. Guru selalu sentiasa ingin berbakti kepada negara dengan memberi segala tunjuk ajar kepada murid-murid. Tanpa guru siapalah kita. So aku harap sangat-sangat sayangilah guru anda seperti nyawa anda sendiri. Kenapa aku tulis cam nie kerana korang rasalah bagaimana bila korang berjaya nanti dengan hasil curahan ilmu oleh guru-guru. Dan lebih manis lagi bila guru-guru berbangga dan memberi kepercayaan kepada anda yang dah berjaya untuk memberi nasihat kepada murid-murid yang dibimbing oleh guru anda sendiri. Aku bagai nak menangis bila aku terpilih dalam kalangan itu. So aku bukan nak berbangga diri tapi ini berdasarkan pengalaman aku yang sebelum ini digelar PELAJAR SEKOLAH.

Ending

Selamat Hari Guru aku ucapkan kepada guru-guru di Malaysia dan di seluruh Dunia juga.

0 comments:

Post a Comment

Takkan baca jer kot...




Back to Top