0

Ketuk-ketuk Kuali..Special....Masakan Johor..

Special daripada warga anak Johor...Sempena di Bulan Ramadhan nie..apa kata kita mencuba belajar maen masak-masak nie..Hem..tak salah kalo laki nak belajar masak kan??jom kita try sama-sama...Common la...



1 paket sphagetti ( direbus dengan air dan 1 sudu besar minyak sehingga lembut)

**Bahan A - ( direbus dan dimesin- asingkan)**

Ikan kembung = ikan parang - 1 kilo ( ikan parang optional)
udang basah 100gm
isi ikan kurau- 10 gram dibakar
1 1/2 paket kecil udang kering 50gm

**Bahan B ( di mesin)**

Bawang besar-3biji
cili kering- 15 tangkai
halia- 2 ibu jari
lengkuas- 2 ibu jari & kunyit hidup- 2 ibu jari
serai- 2 batang diketuk untuk tumis
asam keping- 2keping (masak dlm kuah)
santan pekat 1 kotak /lebih
1 paket kerisik
1 paket kecil rempah kari
bawang putih- 3/4 ulas

**Bahan Hias**

Limau kasturi belah 2 dan buang biji
timun di racik halus
tauge buang ekor (segar)
jeruk chaipo (dihiris kasar / yang sudah siap cincang dalam paket)
bawang besar hiris halus
lada merah/ lada hijau dihiris
daun kesum/ daun selasih ( utk hiasan) dan sedikit bunga kantan di racik halus ( daun kesum & bunga kantan dimasuk juga dalam kuah)
kicap kipas udang / kicap manis

**Sambal Belacan**
lada merah 5/6 biji
-belacan melaka- 30 gram dibakar
bawang merah 1 biji kecil, garam dan sedikit aji.

Cara-cara

1. Rebuskan ikan, udang kering dan isi ikan kurau bakar dan asingkan tulang dan mesin hingga bersama air rebusan.
2. ** penyediaan kuah **
3. Tumis minyak dan masukkan serai yang diketuk bersama bahan B hingga wangi.
4. Bila garing, masukkan rempah kari dan kacau sebentar dalam 1/2 minit.
5. Masukkan ikan/ udang/ udang kering dan ikan kurau kering yang dimesin.
6. Masukkan santan pekat, kerisik diikiuti dengan 2 mangkuk air dan
7. Masukkan asam keping
8. Tambah garam dan gula untuk rasa
9. Masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1-1 1/2jam. Lebih lama dimasak, kuah akan lebih taham walaupun tak disimpan di dalam peti sejuk.
10.**Sambal belacan**
11. Mesinkan semua bahan dan dihidangkan.

So apa lagi...jom kita try..sama-sama..ting-tong..ting-tong..ketuk kuali..
Selamat Mencuba...

0 comments:

Post a Comment

Takkan baca jer kot...




Back to Top