2

Sekitar USM ( FROM USTAZ KAZIM)

Hari ini masih bersyukur jari ini masih berfungsi untuk terus menaip. Menjelang study week bagi pelajar USM, Rabu, 21/12/2011, satu sambutan majlis sempena Maal Hijrah telah berlangsung di Dewan Budaya USM.

Apa yang menarik perhatian kepada seluruh warga USM mahupun Sekitar penduduk Pulau Pinang ini, Majlis ini telah dihadiri oleh Ustaz Kazim. Termasuk lah aku nie yang teruja sangat nak tegok secara live. Apa lagi kelas habis pukul 9 pagi yang indah terus berlari ke Dewan Budaya. Memang penuh satu dewanlah sampai ada yang berdiri untuk memeriahkan lagi majlis yang dianjurkan oleh pihak USM.

Ustaz Kazim

 Nak dipendekkan cerita kita kat cini, cehh, aku nak berkongsi apa yang ilmu yang aku dapat hari ini. Cam serius jer bunyinyer. Tapi apa pun Ustaz Kazim mempunyai personaliti yang mengamatkan satu dewan hari ini.

Bercerita tentang isu-isu semasa yang menjadi  permsalahan dalam kalangan pemikiran masyarakat masa kini. Beliau mengatakan ada empat perkara penting dalam hidup kita nie untuk menjadikan kita masyarakat yang bersepakat. Isi-isi penting.

i) Bashyiru ( Orang yang disukai)
-Jadilah insan yang disukai kerana tiada kaum yang dapat mengubah kaumnya menjadi baik melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya untuk ke jalan kebaikan.

ii) Jangan bagi orang jemu
-maksud disini kita janganlah sentiasa berada ditakuk yang lama. Hidup mesti mempunyai pembaharuan, jadilah insan yang berinovatif yang mampu memberi sumbangan kepada masyarakat mahupun negara.

iii) Yassiru (bagi orang mudah)
- melalui kekuatan tauhid dan kekuatan akhlak. Contoh paling senang bagi salam pun sudah dapat memberi dan mengajar kita supaya sentiasa berakhlak kepada sesama manusia. Akhlak yang tinggi boleh dicontohi oleh akhlak yang terbaik iaitu daripada nabi kita.

iv) Kekuatan ilmu.
-melalui kekuatan ekonomi, pendidikan, perpaduan, dan kekuatan jihad. Perpaduan itu adalah rahmat. Jadilah diri sendiri janganlah kita sentiasa memikirkan keburukan orang lain. 

Actually ceramah nie lebih kepada untuk membuka minda masyarakat supaya bersepadu. Kerana bersatu padu iti memberi kemakmuran didalam negara kita. Janganlah disebabkan politik kita sanggup berpecah belah menjatuhkan maruah negara kita sendiri. Fikirkanlah.

Itu sahaja yang dapat dikongsi. :))

Siap berdiri depa nak dgr ceramah Ustaz Kazim

2 comments:

Nys Zairee said...

:brow :rainbow :tone >.< <3 :)
saje nk test emoticon atas ni jadi ker tak

Nys Zairee said...

:mj :tdown \m/ :k :v :kitten :tup
ade yg jadi ade yg x jadi.. -____-

Post a Comment

Takkan baca jer kot...




Back to Top