Kuala Lumpur - Seorang pelajar daripada Universiti Sains Malaysia disyaki menjadi giler apabila kehidupannya diselubungi oleh kegembiraan yang tidak terkata setibanya beliau di sini sejak lima hari yang lalu.
Suspek merupakan seorang pelajar daripada jurusan komunikasi tahun 2, Mohamad Fadli Selamat, usia dirahsiakan, telah ditempatkan bekerja di Kosmo mendapati dirinya berubah secara mendadak.
"Saya dahulunya seorang yang pemalu dan sopan santun, tiba-tiba di tugaskan untuk menemu ramah berbagai orang yang berpangkat tinggi dan molek-molek lagi, cuba anda bayangkan.
"Setibanya saya disni saya hanya berbekalkan sedikit ilmu untuk menulis berita dan saya juga tidak mengetahui selok belok jalan yang akan saya lalui ditambah dengan kesesakan kenderaan di bandar raya ini", katanya.
Tambahnya, beliau tidak gentar untuk menghadapi cabaran yang mendatang dan sebaliknya berusaha untuk mencapai cita-citanya untuk menjadi sebagai wartawan yang disegani oleh orang ramai, katanya ketika dihubungi oleh pemberita di sini semalam.
Ketika ditanya oleh pemberita mengenai keseronokan sehingga menjadi kegilaan disini, beliau berkata saya sangat teruja apabila berita saya di pilih untuk dimuatkan di dalam surat khabar kosmo walaupun saya baru lima hari bekerja sebagai staf praktikal.
" Bersyukur kehadrat Ilahi itulah lafaz ucapan yang pertama di ucapkan oleh beliau selepas mengetahui perkara tersebut.
"Permulaan ini akan membangkitkan semangat saya untuk terus memberikan komitmen sebanyak mungkin untuk mempelajari ilmu yang diinginkan selama ini", ujarnya.
Maafkan Kami
3 years ago
0 comments:
Post a Comment
Takkan baca jer kot...