Lelaki Solat Pakai Jeans, Wanita Tanpa Telekung..Mengapa?






                                        


Ketika aku berkunjung ke Batu Ferringhi Penang, Kebetulan disapa oleh sekumpulan cewek dari Indonesia ala-ala Bunga Citra Lestari. Berpakaian dengan mini skirtnya. Rambut curl. Ada yang hanya berbaju tali gantung. Dengan high heels-nya. Seolah-olah aku sedang menyaksikan Drama Sinetron Bawang Merah Bawang Putih."Permisi Mas. Di mana tempatnya Musalla orang solat?" tanya salah seorang cewek kepada aku. Mungkin barangkali mereka sangkakan aku ini orang Indonesia. Mahu sahaja aku beritahu aku ini bukan Ashraff Sinclair. Tapi cuma fad imam kampung je....


"Oh. Kapannya di sebelah sana. Belakang parkir kereta," aku menjawab dengan berbahasa Indonesia yang terkeluar dari skema Dewan Bahasa Dan Pustaka Indonesia. Mereka tertawa kecil dengan jawapan aku.Pada aku budaya orang di Indonesia berbeza dengan budaya di Malaysia. Tidak menjadi sesuatu yang mustahil apabila seorang wanita yang tidak menutup aurat masuk ke surau dan memakai telekung yang disediakan lalu mengerjakan solat. Malah majoritinya tanpa rasa segan silu. Walaupun ada pertanyaan di benak hati aku, namun aku melihat ianya dari sudut positif. MEREKA TIDAK TINGGALKAN SOLAT!


Aku berkunjung di Plaza Bukit Jambul Penang. Apabila tiba waktu solat, aku dijemput mengimamkan solat. Di belakang aku ramai remaja lelaki dan perempuan. Yang lelaki memakai jubah kebanyakannya. Aku sangat kagum. Namun selesai salam dan berpisah untuk ke ruang makan, kebanyakan si lelaki menanggalkan jubah mereka dan mengenakan seluar pendek. Walaupun tidak semua, namun ianya satu lagi persoalan kepada aku. Walaupun begitu saya masih mengambil yang positif. Dalam persoalan ibadah, MEREKA MEMENTINGKAN SUNNAH!


AKU juga berkunjung ke Berjaya Times Square Kuala Lumpur. Ketika melalui surau di tingkat lapan, ada sekelompok remaja lelaki dan perempuan sedang menunggu rakan mereka di luar surau. Aku yang sedang memakai kasut mula bertegur sapa. Aku bertanya kepada mereka, kenapa mereka tidak solat sekali dengan rakan-rakan yang lain. Agak menakjubkan jawapan mereka. Si lelaki mengatakan ia berseluar jeans. Kotor berpeluh. Di dalam surau tiada kain pelikat katanya. Yang si perempuan pula berkata, "Saya tidak membawa telekung. Lagipun telekung di dalam surau tu dah terlalu kuning lusuh warnanya."Sekali lagi pelbagai persoalan yang timbul di benak fikiran aku. Saya masih mengambil yang postitif. MEREKA MEMENTINGKAN KEBERSIHAN UNTUK BERTEMU ALLAH!


Islam itu mudah dan ia tidak menyukarkan umatnya. Malah ianya meraikan semua golongan bangsa dan warna kulit. Budaya sesuatu bangsa itu terbentuk hasil daripada sudut pandang nilai yang sama.Kehidupan masa kini berbeza dengan suatu ketika dahulu. Perubahan zaman dengan corak kehidupan yang lebih pantas dan memerlukan pergerakan yang lebih luas membuatkan beberapa isu budaya yang perlu diubah. Masyarakat terutamanya wanita yang dilihat kini lebih banyak berurusan dengan situasi kerja dan urusan harian membuatkan beberapa kesukaran terjadi akibat keterikatan dengan budaya masa lampau.


Pemakaian Telekung di Nusantara 


Pemakaian telekung adalah satu struktur budaya keagamaan yang dibentuk dalam komuniti masyarakat Islam di Nusantara. Ianya terbukti sesuatu yang amat baik jika dilihat dari aspek kesempurnaan ibadah. Para ulama Melayu dahulu amat teliti dalam memastikan kesempurnaan ibadah umat ketika itu. Pemilihan bentuk telekung yang longgar, lebar dan mudah disarung menjadikannya sesuai untuk semua generasi umur dan bentuk  badan. Ini bersesuaian dengan arahan Allah SWT di dalam al-Quran yang menghendaki kita memakai pakaian yang baik ketika mendirikan solat.


Di dalam surah al-A'raaf ayat 31 yang bermaksud:


يَـٰبَنِىٓ ءَادَمَ خُذُواْ زِينَتَكُمۡ عِندَ كُلِّ مَسۡجِدٍ۬ وَڪُلُواْ وَٱشۡرَبُواْ وَلَا تُسۡرِفُوٓاْ‌ۚ إِنَّهُ ۥ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُسۡرِفِينَ


Hai anak Adam, pakailah perhiasanmu (pakaian) yang indah disetiap kali kamu (memasuki) masjid, makan dan minumlah dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih lebihan.Menurut Sheikh Khatib Al-Syarbini dalam kitabnya Mughni Muhtaj telah menguatkan pendapat daripada Ibn Abbas RA mengatakan bahawa maksud memakai pakaian yang indah setiap kali memasuki masjid ini adalah merujuk kepada pakaian ketika sembahyang.


Ibnu Hazm pula memahami maksud 'perhiasan' disini adalah menutup aurat.Telekung Pada Masa KiniAurat wanita ketika sembahyang sama sahaja seperti aurat wanita di luar sembahyang. Sepertimana batasan aurat wanita yang digunapakai oleh masyarakat di Malaysia dengan merujuk kepada pandangan Mazhab Syafie iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.


 Berasaskan kepada pandangan ini, tidak semestinya telekung sahaja yang boleh dijadikan pakaian sembahyang. Baju kurung, jubah, blaus juga boleh dijadikan pakaian sembahyang walaupun ianya bukan berwarna putih.


Lelaki dan Solat


Bagi lelaki pula, kebersihan, kecantikan dan wangi-wangian menjadikan sembahyang mereka lebih baik pada zahirnya disisi Allah SWT. Ini kerana situasi menghadap Pencipta Yang Maha Agung itu memerlukan lebih berketerampilan berbanding berhadapan manusia lainnya.Hadis ini menerangkan kepada kita bahawa, selagi pakaian yang dipakai itu tidak jelas padanya najis yang boleh merosakkan solat, maka sah solat yang kita kerjakan dengan berpakaian biasa. Malah remaja lelaki yang berpakaian serba fesyen terkini, samada berseluar jeans, baju yang pelbagai bentuk warna juga boleh mengerjakan sembahyang tanpa merasakan janggal. Kerana Islam tidak pernah menyusahkan untuk melakukan sembahyang.


Penutup


Ini bukan kempen 'tak pakai tudung takpa janji hati baik'. Ini juga bukan kempen menghapuskan pakaian yang indah ketika solat. Namun ini adalah kempen untuk memudahkan solat kepada setiap manusia.Islam itu mudah. Ianya sesuai dalam kehidupan seharian umat. Allah lebih mengetahui perihal keadaan hamba-hamba-Nya. Islam tidak hanya meraikan kelompok manusia yang sentiasa berada dalam kelapangan. Ia juga meraikan umat yang sibuk dan penuh dengan tugasan harian. Sembahyanglah anda walau di mana anda berada.
0

www.this-is-my-story.com/v/W80AWEV020T0

www.this-is-my-story.com/v/W80AWEV020T0
0

KELIR

Kelir...
HAHAHA...
Memang pelik bunyinya...
Tapi mungkin kebanyakan pencinta-pencinta seni sudah lalai dengan perkataan ini....
Ini semua hasil daripada kajian asigment terbaru aku yang diberi tajuk KELIR..
Yang menjadi lagi Special puya...
kami telah menghasilkan majalah KELIR..

Kelir nie sebenarnya sebuah perkataan daripada salah satu alat untuk permainan wayang kulit..
Mengikut kamus dewan bahasa kelir bermaksud tirai wayang kulit...
Tirai wayang kulit ini dimainkan untuk persembahan permainan tradisional ini...

Hendak dipendekkan cerita..
Aku dan rakan-rakan telah pergi menjejak ke negeri Kelantan untuk membuat kajian wayang kulit Kelantan..
Kajian warisan wayang kulit ini memang amat mencabar sekali...
Ini disebabkan kami terpaksa mengerah seluruh kuderat kami untuk menghabiskan kajian ini..

Bermulanya dengan menjejak Tokoh-tokoh wayang kulit..
Terus kepada pembuat wayang kulit..
Dan menemu ramah tok dalang dalam permainan wayang kulit..

Apa yang menarik disini aku dapat melihat secara langsung setiap sudut permainan wayang kulit ini dihasilkan..dari A hinggalak ke Z....
Dan ini juga pertama kali aku menyaksikan persembahan kulit secara live...
Face-to-face lagi.....
Memang best....dan sangat-sangat teruja...

Kajian di muzium Kelantan

EN. Nasir pembuat patung wayang kulit

Bersama En.Nasir dan alatan permainan wayang kulit Kelantan


Watak Seri Rama, Sita Dewi, Laksamana

Wayang kuit

Nik Mat, Tok Dalang wayang kulit

Paku untuk pemprosesan patung wayang kulit

Hasilan patung yang dibuat


Sekalung Penghargaan diucapkan kepada Siti Khadijah..
atau nama Glamournya Iejah Babyboo ...dan juga keluarganya...
kerana menolong kami dari segi tempat tinggal, makanan, dan juga pengangkutan..
Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang membantu kami dalam kajian ini...
Iaitu kimi, haniza, ammar, siti, rin, lina, ila, mieya, nor, faiznur, adam, dan pojie,,,
Thankz banyak-banyak....

Iejah dan Nor

Siti, Amar Dan Naa..


Gambar beramai-ramai

Lina,faiznur,rin dan ila.


Nota tangan:


Setiap permainan tradisional ada keunikannya tersendiri...
Kita haruslah sentiasa menjaganya agar terus dapat dinikmati keindahannya bersama....

TSUNAMI DI JAPAN 2011 EPISOD (2)

TSUNAMI....satu perkataan yang sinonim dan amat menggerunkan kepada kita pada masa kini....
Banyak perkara yang hendak diceritakan apabila sebut perkataan akronim yang bermula dengan huruf T ini....(TSUNAMI)...
Bukan sekali perkara nie muncul dalam kehidupan kita malahan sudah menjadi perkara biasa apabila mendengar perkataan ini....
Satu petikan artikel yang menjadi minat aku untuk menceritakan Kisah TSUNAMI bahagian (2)...
Di rencana utama kosmo...

Bagaimana Cara Negara Jepun Melawan Badai Gempa bumi dan Tsunami...???

Menariknya disini apabila berlaku gempa bumi pada magnitud yang kuat...
secara automatiknya kereta api laju dan logi nuklear akan terbehenti....

Gempa bumi dengan kekuatan 8.9 pada skala Ritcher yang berpusat 130 kilometer dari pantai timur laut Sendai Honshu pada kedalaman 24 kilometer (km) itu menghasilakan gelombang Tsunami pada kelajuan , 1000 Kilometer sejam...Sendai juga terletak 400 km dari Tokyo...
Amat menggerunkan....Mengikut laporan kejadian ini adalah antara bencana alam yang terbesar yang melanda Negara Jepun...

Kemudahan gas asli di Miyagi terbakar selepas gempa bumi

Bermula dengan kisah AIR HITAM..
Ombak setinggi 10 meter bukan sahaja mengegarkan plat-plat tanah di negara jepun...
malahan menyebabkan berlakunya tanah runtuh, kebakaran, dan putusnya telekomunikasi seperti bekalan elektrik...
Ini menyebabkan kemusnahan berlaku di kawasan utama seperti di Yokohama di selubungi asap hitam...
Di Kamaichi pula beribu-ribu kenderaan ringan, trak, kapal-kapal di kawasan perindustrian dihanyutkan air hitam yang diselubungi sampah sarap....

Detik-detik ombak gergasi melanda persisiran Iwanumi, Miyagi
Sejarah..
Sejarah di jepun sejak 140 tahun dahulu..
inilah gempa bumi yang terbesar melanda negara matahari terbit itu.....

Kedudukan Jepun iaitu di lingkaran Api Pasifik meletakkan negara Jepun sebagai negara yang paling aktif  menerima gempa bumi....
Apa yang menarik negara Jepun juga diiktiraf sebagai negara yang mempunyai teknologi dalam mengurangkan bencana alam dan kecekapan dalam sisitem pengurusan bencana yang terbaik di dunia....
Malahan menurut Agensi Meteorologi Jepun mampu menyebarkan maklumat semasa gempa bumi dan Tsunami dalam masa 3 minit, "kata Dekan Fakulti Pengurusan Universiti Kyot, Jepun, Dr. Kiyoshi Kobayashi".


Jepun mempunyai sejarah panjang kemusnahan akibat gempa bumi dan Tsunami
Kerajaan jepun telah memberi perhatian yang serius dengan kejadian ini..
Apabila berlaku gempa bumi, data yang mengandungi magnitud dan lokasi serta-merta disiarkan oleh stesen televisyen kebangsaan NHK...
Mesej Amaran juga akan dikeluarkan jika terdapat tanda-tanda berlakunya gempa bumi dan tsunami..
Ini boleh dilihat apabila berlakunya gegaran yang kuat kereta api laju dan logi nuklear akan berhenti secara automatik....

Nota Tangan..


Diharap kita mendoakan keselamatan Negara Malaysia agar terlindung daripada berlakunya musibah ini..
Kita juga seharusnya mengambil iktibar daripada kejadian ini..
Kerana kemajuan ekonomi seperti di Jepun tidak menjanjikan kesenangan dalam kehidupan kita..
Kerana jika Allah ingin memberi musibah kepada kita..
Sekelip mata kemewahan yang dimiliki disesebuah negara itu akan musnah dan hilang...
Bersama-samalah kita menghayati peristiwa di Negara Jepun ini sebagai renungan Keinsafan bersama...
0

Pelita Jaya vs Persib bandung live...from Safee Sali

Bila sebut nama safee sali....
Menjadi kebanggaan untuk seluruh negara rakyat malaysia....
Kerana pemain yang penuh berstyle dengan tendangan gol yang tajam menjadi jentera serangan yang berbisa dan terbaik untuk mana-mana pasukan yang memiliki pemain ini...
Lahir pada 29 Januari 1984 merupakan pemain kebangsaan Malaysia dan bekas pemain Selangor....
Safee sali juga menyarung jersi 10 iaitu jersi yang pernah disarung oleh lagenda bola sepak Negara Malaysia iaitu Allahyarham Mokhtar Dahari...Susuk tubuh yang seakan sama...
melihatkan kita beliau seperti jelmaan lagenda bola sepak negara kita masa kini...





Sekarang safee sali telah berhijrah ke kelab Pelita Jaya FC yang menjadi pangkalan terbaru untu kelab Liga Indonesia....
Sebelum ini pemain ini merupakan pemain daripada kelab Malaysia iaitu Selangor FC
Perlawanan pertama Safee sali dengan kelab terbarunya iaitu Pelita Jaya FC membuahkan hasil apabila menjadi pejaring tunggal dalam perlawanan tersebut dengan jaringan 1-0 berpihak kepada Pelita Jaya FC..
Keputusan Penuh Pelita Jaya FC (1)-Sriwijaya FC (0)...
Safee sali juga bagaikan menjadi permata baru untuk kelabnya apabila dipilih menjadi pemain terbaik perlawanan dengan kelab barunya itu....
Safee sali yang menyarung jersi 55 merupakan jersi terbarunya yang membawa tuah kepadanya..

Bertanya tentang nombor 55...
Menurut beliau mengapa memilih jersi nombor 55?
beliau mengatakan bahawa nombor 55 sungguh bermakna untuk beliau..
didapati jersi 55 yang penuh simbolok ini memberi dua maksud...
Jika dilihat nombor 55 secara teliti...
55 adalah penambahan bagi 5+5=10 iaitu jersi safee sali ketika menyarung jersi Malaysia dan kelab lamanaya...
Manakala 55 juga jika dilihat dari huruf merupakan SS iaitu membawa maksud Safee Sali namanya sendiri






Perlawanan seterusnya yang dinanti-nantikan ialah perlawanan antara Pelita Jaya FC vs Persib Bandung FC..
Perlawanan boleh disaksikan secara live iaitu di saluran ANTV BLOG MASYUKMAUN....
pada 12 Mac 2011...pukul 19.00 wib....
Perlawanan kedua untuk safee sali..
Apa yang menarik pertembungan ini bagaikan ulangan untuk Safee Sali kerana..
Persib bandung mempunyai penyerang sensasi Negara Indonesia iaitu..
Cristian Gonzales....
Diharap Safee sali akan menjadi jentera berbisa untuk kelabnya terbaru..
sama-samalah kita menyaksikan perlawanan ini..
Ayuh Safee sali...MALAYSIA BOLEH....
3

TSUNAMI DI JAPAN 2011

Berita terkini....TSunami berlaku di Negara Jepun sekali lagi..
Ini mengimbas kembali detik hitam ketika jepun dilanda TSUNAMI ketika melanda negara matahari terbit tersebut ketika 23 Oktober 2004...DI Niigita yang terletak di wilayah Hokuriku di Honshu iaitu pulau terbesar di jepun...
Sungguh dasyat ketika itu kerana gempa bumi...yang melanda mengorbankan beribu-ribu orang yang mati...

Sekarang TSUNAMI berulang lagi iaitu Pada Tarikh ajal 11 Mac 2011...
Sungguh tidak di sangka-sangka sejarah berulang sekali lagi....
Adakah ini menunjukkan petanda-petanda bahawa bumi kita ini tidak stabil ataupun bahasa kasarnya dah tua atau dimakan usia...
Seharusnya kita sedar dan mengambil iktibar daripada kejadian ini.....

Tsunami dan gempa bumi yang kuat berlaku di Pantai Timur Honshu , Jepun yang dikeluarkan pada 3.15 petang ini pada tarikh 11 Mac...
Berskala 8.8 skala richter mengegar pantai timur...dan pada kedalaman 24 kilometer...dan setinggi 10 meter...
Mengejutkan ramai pihak malah seluruh penduduk di dunia ini tertanya-tanya dan ingin mengetahui perkembangan yang berlaku...
Tsunami yang berlaku ini lebih buruk daripada Tsunami ketika tahun 2004..
Amaran juga telah dikeluarkan kepada negara-negara yang berhampiran dengan Jepun seperti,
Malaysia sendiri, New Zealand, Indonesia, Philipina, Taiwan.....
Supaya berhati-hati dan memastikan supaya orang ramai tidak pergi ke kawasan yang berhampiran dengan pantai....

Bersama-samalah kita mendoakan keselamatan rakyat Jepun dan juga pelajar Malaysia di Jepun supaya selamat daripada bencana alam ini...
Amin....

Gambar-gambar Tsunami dan gempa bumi di Negara Jepun...11 MAC 2011...
























Sama-samalah kita mendoakan agar Negara Malaysia terlindung daripda bencana Tsunami dan gempa bumi..
Dan diharap kepada penduduk yang berhampiran dengan pantai dan kepada pengemar pantai supaya jangan pergi kepantai sehingga amaran tamat dikeluarkan demi keselamatan....berhati-hatilah...
Wasalam...
0

Kerja lalalala....WUS 101...

Kerja..la...kerja..la....
Har sekali dengar macam lagu Meet uncle hussienkan...
lalalala kerja la.....

Bukan nak citer pasal Meet uncle hussien...
tapi nak citer KEPADA Rakan-rakan semua support la kami dalam perniagaan wus yang akan diadakan
Pada 10-11/ 03/ 2011....nie.....
hehehehe...tak sabar rasanya..nak berniaga nie....
walaupun busy dengan berbagai-bagai asigment yang menimbun..
tapi Alhamdulilah berjaya juga mengharunginya dengan jayanya....
Nie lah orang kata jika kita berusaha...
tak mustahil kejayaan pasti dapat digengam...
biar bara api sampai BOM.....meletup gitu.....

Har tugasku nak promote untuk perniagaan kami 2 hari 1 mlm di tapak Konvo Wus101...
berbagai jualan yang kami jual...tapi salah satu daripada barangan kita orang ialah SELIPAR FIPPER...meh tegok..











Har Jika sesiapa yang rasa berminat datang lah ke tapak konvo kami...
di depan Dewan Budaya Universiti Sains Malaysia
iaitu Group 80....KAMI akan letak papan tanda group kami...
belum decide lagi nak bagi nama pa...
tapi datang lah ke gerai group 80..yang terdiri daripada FAD,ADAM,AYU,ULAYANA,ATIQAH...

Kami menawarkan harga yang paling special yang tak dapat kat kedai penang nie..
hanya di gerai kami sahaja...KALO U ALL...nak taw la...
susa kami nak dapatkan harga...nie...
kalo korang tak datang memang rugi sangat-sangat...
kuantiti selipar FIPPER nie pon amat terhad...
jadi dapatkan lah dengan segera di gerai kami.....
DATANG JANGAN TAK DATANG NYE...
hehehe promote nie.....

kepada golongan....yang,,,,
Har yang kehilangan selipar tue, ke yang selipar kena curi ke, yang tak ada selipar,ke, yang selipar rosak,putus,tercabut, yang nak beli selipar tuk gi toilet,nak memasak,nak pegi pasar ,pegi kelas,,,,,
har SELIPAR FIPPER aku syorkan kat korang...
kerana selipar nie sesuai nak pegi mana-mana.....dan yang nak buat koleksi pon memang best....
Jadi datanglah ke gerai kami GROUP 80...sekali lagi diingatkan....

Serangkap pantun khas untuk korang.....

Pergi ke kedai membeli gula...
balik beli gula tertanggal selipar...
kalo lalu di depan gerai group 80 la...
jangan lupa singgah membeli selipar FIPPER.....



Back to Top