2

Cerita kecik-kecik masa pose dulu-dulu

Assalamualaikum....Tinggal 2 hari sahaja lagi nak puasa. Tawon nie macam biasa azam nak puasa penuh lagi. Tapi paling best bila teringat telatah aku masa kecik-kecik dulu. Puasa nyang nyuk pagi-pagi bukak periuk. Kalo sekarang puasa full, tak ada pit stop, tapi dulu kecik-kecik pose setengah hari tue kira puasa full la tue. Ha5...bise la kecik-kecik mang banyak dugaan.


(⁀‵⁀) ✫ ✫ ✫.
`⋎´✫¸.•°*”˜˜”*°•✫
..✫¸.•°*”˜˜”*°•.✫
☻/ღ˚ •。* ˚ ˚✰˚ ˛★* 。 ღ˛° 。* °♥♥ ˚ • ★ *˚ .ღ 。
/▌*˛˚ღ •˚ selamat menyambut bulan ramadhan ♥♥ ˚ ✰* ★
/ \ ˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •*






Kisah satu

Masa tue umur 5 tawon. Baru first day pose nie. Mak arie nie janji pose penuh. Tapi nak wet aye lebih yer kalo pose penuh. Pas sahur sambung tidur. Pagi-pagi lagi nie sebelum pergi sekolah tadika mandi la dalam bilik air. Mak pon pelik nape mandi dalam bilik air tak keluar-keluar nie. Bukan apa aku punya tak tahan pose tue, sampai air paip pon aku duk tenuung lama-lama. Bila tak tahan nafsu pon menaik mendadak, apa lagi air paip pon aku teguk. Dugaan. Kurang satu hari.



Kisah dua...

Erm macam bise la kat sekolah. ada melayu, cina, india. Yang pose melayu jep. Bila rehat yang melayu compom la kat kelas jer malaz nak bergerak. Nanti tenaga kurang. Duk la lepak dalam kelas. Tibe-tibe datang la nates bawak makanan kat dalam kelas. Kami nie yang melayu tegok jer la. Sehari-dua hari tahan lagi, lama kelamaan, member india ngan cina makan cam sedap, aku pon cuit la cikit, tak baek tinggal member makan sorang-sorang. Bila dah habis makan, baru tersedar aish, aku kan pose arie nie. Udah ponteng lagi. Dugaan.....

Kisah tiga...

Yang nie agak susah dugaannyer. Menjelang sebelum raya mang paling tak tahan kecik-kecik dulu. Yelah sebelum raya tolong la mak wat kuih raya. Pergh, best taw tolong mak wat kueh raya sambil buat sambil rasa, mana taknyer duk tenung jer kuih dalam avon, mula-mula bau jer, lama-lama tak tahan mula la menggatal ambik satu. Dah ambik satu cam sedap+ tambah lagi satu. Hahaha, ponteng lagi. Dugaan....Nie la antara kisah kecik-kecik dulu, nak wat cam ner nasi dah menjadi bubur.





Selamat berpuasa. Sebelum pose tanamkan azam untuk pose dengan cukup. Ikhlas, pose bukan kerana nak dapat wet aye penuh tapi mencuba untuk mendapat sebanyak mungkin keberkatan dalam bulan puasa ini. Kurangkan amalan membazir, sembahyang terawih tue harap-harap cukup tawon nie. Bila sampai dekat pasar ramadhan tue cuba la menahan nafsu daripada membazir.  Dan terakhir banyakkan lah beribadat kepada Allah cuba sedaya upaya untuk mendapat sebanyak pahala di bulan puasa ini. Sekian Wasalam.
0

Semangat Harimau Malaya

Perjuangan harus diteruskan. Kita tak kalah tapi seri, itu kata Jurulatih bola sepak Harimau Malaya Datuk K. Rajagopal. Ditambah penyokong setia Harimau Malaya yang hadir menyaksikan 85 000 bertandang ke Stadium Nasional Bukit Jalil semalam. Ini satu kebanggaan untuk sukan bola sepak negara.





Ini memang satu semangat kemajuan bola sepak negara. Semoga ini satu detik permulaan kebangkitan Harimau Malaya. Namun terdapat insiden yang memberi peluang kepada pasukan Singapura untuk mencuri masa dan menganggu rentak Harimau Malaya. Iaitu insiden laser. Namun itu bukan lah punca semata-mata kerana banyak aksi penipuan oleh pemain singapura yang cuba melengah-lengahkan masa.

Nie video nyer plak..

Apa pun kita haruslah teruskan perjuangan. Ayuh kita teruskan sokongan kepada pasukan skuad olimpik Harimau Malaya untuk pusingan ketiga.
0

Full movie Sekali Lagi 2011

Kalau ada jodoh tak akan lari kemana...
Semua yang terjadi ada hikmah..
Citer nie best dan banyak kali aku tegok sebabnya suka dekat si comel Mia tue...ditambah pelakon Shazy Sam Dan Lisa Suriani...



So sape yang belum tegok...jom tonton!!! Best!!!!

0

Wordless Wednesday #2

Againt Aktiviti pagi-pagi....
Just give pic...





Lokasi di Kluang, Johor....Salam....
0

Video Malaysia VS Singapura

Pertembungan dua musuh jiran tertangga dalam kelayakan Piala Dunia 2014 untuk pusingan kedua berakhir dengan Malaysia kalah dengan jaringan 5-3 oleh Singapura. Memang tidak dinafikan kekuatan pada pemain Singapura jelas merobek gawang Malaysia yang tidak mampu diselamatkan oleh Sharbinee Alawee. Apa yang nak dikatakan lagi pertahanan malaysia acap kali melakukan kesalahan sama dengan melepaskan gol dengan mudah. Apa yang diharapkan oleh aku dan seluruh peminat Malaysia bangkitlah wahai Pasukan Harimau Muda untuk aksi timbal balik Di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Julai ini.



Komen dari perlawanan tadi...

Pujian harus diberikan kepada Safee Salee dan Hadi Yahya yang melakukan tugas sebagai penyerang yang baik. Malaysia hebat, kenapa hebat, anda mampukah menjaringkan 2 gol dalam masa kurang 30 saat dalam saat tertekan. Malaysia mampu, inikan ada lagi 90 minit, aku yakin ramuan Rajagopal pada 28 julai nanti dapat memberikan kemenangan untuk Malaysia. Tapi Safee sali Mang style la 2 gol yang cantik memang memukau. Harap-harap safee sali dapat menjaringkan gol kemenangan dalam aksi timbal balik.

Harapan..

Seharusnya Malaysia harus menggunakkan khidmat penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat untuk mengelak Malaysia bolos lagi. Pengganti kapten Malaysia Safiq Rahim yang kena kad merah tue harus diberikan kepada Aidil Zafuan untuk lebih menambah sengat pasukan Harimau Malaya. Amirul Hadi Zainal smart harus meletakkan midfield pada awal permainan untuk mencari gol awal...

First Half



 Second half





Go Malaysia!!!!!!!! Thankz 4 Watching...Pas nie jangan lupa tegok perlawanan final Copa America 2011, Uruguay vs Paraguay , 25 Julai 2011, 3.00a.m...
6

Penunggu Gunung Lumut yang Tak Diduga

Tak disangka-sangka buah cempedak menjadi nangka. Nie pepatah time aku hang out wat aktiviti di gunung lumut bersama rakan-rakan aku kat johor nie. Aku, afiq, whale, apis, imal, dan hariri telah plan untuk wat aktiviti giler-giler puya kat gunung lumut. Tapi bila sampai sana tragedi plak jadinya. Macam-macam jumpa, bukan setakat satu penunggu gunung lumut tue tapi siap bawak kaum-kaum dye lagi, memang menggerunkan, yang pelik siap kat belakang ada cop merah dan cop putih, bersinar-sinar bak kata afiq....haha dari jauh dah nampak.

Nak tegok penunggu gunung lumut tue, jom wathcing this pic...


Nie namanya penunggu beruk, mak beruk, bapak beruk, nenek beruk, atok beruk,dan sekutu dengannya. Pergh..kalo satu dua tak apa lagi, nie satu kaum kerabat datang nak mandi jugak. Kalo mandi je tak apa nie siap wat tanjat-tanjat kat kita orang mau tak takut nak mandi. Terpaksa la kami mandi juga dalam ketakutan, siap bawak kayu lagi beb, tapi beruk tue tak takut kayu la adoi pening kepala masa tue. Nasib la kami semua dapat mandi jugak tapi plan nak wat kerja giler-giler dalam air tak dapat la......

Moral...

Tapi moral yang kita orang dapat kat sini dye orang yang datang kat gunung lumut nie tak jaga kebersihan. Banyak sampah-sampah yang memanggil penunggu nie. So korang pas nie mandi-mandi kat gunung tue pandai-pandailah jaga kebersihan. Kalo makanan tue jangan lupa buang kat dalam tong sampah. Kalo tak mandi la dengan penunggu nie. EEEEEE memang menggerunkan. Mungkin kalut sangat ngan beruk-beruk tue yang berbontot merah hahah...

Jom tegok pic sekitar gunung lumut....Syok woo...









Nie la yang sempat aku upload kat blog nie. Argh tapi dalam kami ketakutan dengan beruk tue, ada yang siap wat projek ntah pape la. Beruk ada pon ley wat projek. Datang kalo nak mandi tak apa nie buat yang bukan-bukan. Moral korang jangan la wat cam nie, nak berendut tue tak yah lah sampai kat dalam hutan nanti beruk wat tanjat-tanjat baru taw.


So nie jelah aku sempat tulis tuk korang. Tapi aku teringat satu hal la kita orang makan roti dengan kaya tue dah buang ke blom erkkkk hahahha...2x lima gak la.....hahahhah....

Wordless Wednesday #1

Pagi-pagi.....
Just give pic...




Smile,,,:)...????
0

Erti Susah Payah..Wonderful Day!!!

Anda tahu apa makna susah payah!!! Susah+ payah, memang pelik hidup nie. Tapi aku paling suka benda yang susah+ payah. Lagi-lagi kalo nak tackle awek yang payah nie. Lebih mendalam lagi awek tue jual mahal la beb. HAHAH...Jap-jap nie bukan nak citer pasal awek-awek kat tempat kerja aku nie tapi aku nak citer susah payah aku time kerja nie.



Kisah pon bermula. 

Nama aku fad aku bekerja sebagai part time promoter. Anda tahu aku nie malas tertiba nak rasa pegang duit. So aku tak suka mintak duit mak bapak nie, walaupun aku nie manja ngan mak bapak aku, so aku plan aku nak rasa duit titik peluh aku. Akhirnya aku dapat kerja, seronok!!!, nie namanya susah payah tapi gembira akhirnya. Nape gembira?? Gaji dah dapat la beb, sonok wo!!! So tak susah kalo kita nak... bak pepatah ada mengatakan nak seribu daya tak nak seribu dalih. Kini aku boleh la simpan duit aku kat dalam bank, insyaallah dengan pengalaman yang aku ada nie aku bercadang nak kumpul nak bukak perniagaan satu hari nanti. Mintak-mintak allah permudahkannya amin....

Kerja arie nie??? 

Penat yang tak terhingga. Nie semua sebab renovate kaunter Sempena menjelangnya hari raya nanti. Inilah dinamakan percaturan dalam perniagaan Susah payah arie nie tenaga aku diperahnya sehabis-habisnya. Naik lunyai tulang empat kerat aku nie. Tapi inilah dinamakan kerja sebagai kuli. Aku tak kisah sebab aku nak rasa macam mana kalo aku kerja nie selama bertahun-tahun, macam pekerja-pekeja di  pasifik tue. Jika nak dikenangkan memang payah, yelah mana taknya kerja bertungkus-lumus gaji bawah seribu jugak, yang untung orang atas jer. Namun dye orang tak salah kerana inilah punca rezeki dye orang. Yang penting rezeki itu halal. Susah payah mana pon kita lakukan janji perkara tue mendatangkan kebaikan kepada kita. Hidup nie tak susah asalkan kita gembira dengan apa yang kita miliki. Nie je lah aku nak coretkan untuk korang apa makna susah payah!!!


0

Episod 1: Rutin Harian cuti Semester

Salam satu Malaysia, sekian lama aku menghilang akibat terlalu sibuk dengan duniawi sampai blog aden pon xsompat nak menyinggah, nie lagi nak membaca blog korang, sori yer. Pape pon masa yang terluang nie tertiba terlintas nak buat episod bersiri dekat blog aku nie. Ermmm,,,bunyin cam gempak tapi x gempak la cam filem KL Gangster yang mencecah 11 juta..coz my follower just 52 jer...hahah...

Rutin harian aku pada cuti semester nie memang terlalu menarik untuk aku coretkan dekat korang semua. Bermulanya episod pertama nie aku akan ceritakan permulaan dari start habis exam..sampai la nie. Tapi episod pertama nie aku just ceritakan 20 percent dari kisah rutin harian aku. Nie bagi untuk anda mengikuti blog aku dari episod awal sampai la akhir. Alamak dah ley jadi director filem la plak...

Kisah aku pon bermula:

Aktiviti ketika waktu pagi-pagi lagi aku dah bangkit dengan liatnye untuk mengikuti kelas aku nie. Kelas aku bermula dari pukul 8am- 11 am. Pagi selepas solat aku mandi-mandi tuk bersiap ke kelas. Nak taw kelas apa erm cer tegok gambar bawah nie...




Yups kelas gym. Sekian lama aku nak join benda nie akhirnya dapat jua aku merialisasikan. Thankz kepada kawanku afiq yang tolong aku join. Sebelum nie aku usya-usya je yelah kebanyakkan kelas gym nie mahal, Tapi terselit plak dekat gym kluang nie... yuran ahli pon murah coz ada package student, So sape-sape yang minat gym nie bersebelahan degan parkson di kluang, Johor. Sangat best sebab sebelum nie pagi-pagi duk membuta pas tue terus pergi keja. Tapi selepas join gym nie badan aku semakin hari semakin bertambah staminanya. Bukan la nak jadi seperti Malik Nor ke macam Sazali Samad kalo ley cam Aron AziZ pon jadi lah...i like seth dalam citer nora elena.. Erm nak taw perubahan lepas join kelas nie, tunggu episod akan datang dan episod seterusnya juga akan aku coretkan suasana di dalam gym bersama brother-brother yang badan dah ketak-ketak tue dan pengalaman aku bekerja semasa cuti semester nie. Orang kata kalo kita rajin ley awet muda wo.......sekian wasalam..



Back to Top