Bila mama pakai celana, papa geleng kepala...

yups mesti korang pernah dengar ayat niekan...
nie lirik lagu  Allahyarham P. Ramlee....
Best lirik nie....
Bila aku hayati lirik nie....serius...
Telinga aku berbisikkan kepada hati.....
Mak...Ayah bila nak jumpa........
Rindu sangat-sangat........
Tak tahan lagi bila angin malam menghembus ke liang-liang bulu roma nie...
mula la dalam kotak fikiran nie teringat lalu mengatakan....
Kelakanyar bila mama pakai baju kebaya....papa geleng kepala.....
serius masa tue mama memang cun......giler la.....

Mana taknya masa tue kita orang just pergi picnic...
mama boleh bergaya sakan......siap make-up lagi tak pernah-pernah......
papa pon geleng kepala la..tapi dalam hati taw suka...
coz isteri aku cantik...so sweet,,,nar....

Rindu serindu rindunya.....
Aku sedar walaupun belajar di perantauan nie memang hati sering berbicara sebegini....
Mana taknya dah 7 bulan aku belajar kt Over Sea...
hehehe.....Oversea Pulau Pinang je.....

Har tapi tanggal 28/01/2011...
Superhero anak mama akan balik.....
Masa nie lah aku nak rest lama-lama.....
Paling best dapat masakan mak.....
wah best-best.....masa nie la aku nak makan 7 kali satu hari...
serius bila balik rumah selera makan tue dah lain dah.....xmacam kat over sea nie..

Suasana pon lain kalo kat sini pagi-pagi dengar bunyi serombong bas..
tapi kalo kat umah dapat dengar ayam berkokok....
Time petang pula siap la dengan senjata aku.....
Senjata nie dinamakan batang pancing.....
Mau tak best gi memancing dengan member-member kat umah.....
sebelum mancing gi cangkul kat belakang umah ...korek puya korek sebab nak cari cacing.....
wah best-best......

Nota tangan:

Tak sabar nak balik..........
Mama dan papa tunggu kepulangan anakmu ini nye..
Bila abang balik nati jangan lupa wat karpet merah...
coz superhero malaya nak balik..
weeeeee........
5

GEMPAK USM

Arie nie aku ada cerita best puye.....
Kejadian nie berlaku pada tanggal 24 januari 2011...
Ketika aku balik dari kelas kuliah aku aku telah terjumpa dengan seorang akak senior usm nie..
lawa boleh tahan lah....cun......
Tapi bukan nak citer pasal akak cun nie....
Ketika aku duk borak-borak dengan akak nie....
akak nie telah di promote untuk aku join satu aktiviti nie..
aktiviti nie under kelab rakan muda.....
macam-macam game ada...best-best...
paling best adalah aku dapat main permainan yang aku teruja sangat-sangat iaitu
permainan zaman kecik-kecik aku...
Permainan nie dikategorikan di dalam permainan tradisional.....
Aku tanpa memikirkan dengan akal fikiran aku yang panjang nie..
dengan sepantas kilat aku join kelab permainan nie.....

Kepada pelajar-pelajar usm yang berminat mai lah join.....

Yang kedua pula ketika aku duk makan dekat kafe Bakti Permai...
Buat kali yang kedua aku di promote untuk mengundi.....
nak tau mengundi apa...hem....



Mengundi tuk PILIHANRAYA KAMPUS 2011...
Abg yang promote tue menerangkanlah kenapa aku perlu mengundi..

First kerana aku sebahagian daripada kampus USM..
Kedua kerana aku merupakan Mahasiswa USM...
Jadi the result aku berkaitan rapat dengan pilihanraya kampus yang merupakan satu peluang untuk pelajar memperjuangkan demokrasi kampus...

Hem kelebihan daripada kita mengundi....

Ofcourse la banyak kelebihan kita dapat misalnya

1.Dapat meningkatkan perkhidmatan sistem bas komuter...
2.Tidak perlu risau tentang masalah perkhidmatan wifi..
3.Meningkatkan tahap hidup dalam kampus..
4.Mempunyai lebih autonomi...

Jadi lunaskanlah tanggungjawab kita sebagai Mahasiswa USM...
Marilah mengundi......
10

Game Mase Kecik-Kecik....

Jauh disudut kiri pandangan nie merindui zaman kecilku...
Setiap kali aku menoleh ke jendela tingkap....
mula terbayang-bayang kenangan kecilku.....
Tiap kali melihat kanak-kanak bermain, gelak ketawa dengan riangnya...
serius hati nie mula menangis....
dan berkata adakah zaman kecilku akan boleh kembali...
walaupun disudut jauh memandang sejuta harapan untuk kembali ke zaman kecilku..

Di sudut kanan pula memandang ke arah masa depan...
Jalan yang akan kulalui adakah......
lorong yang bercahaya atau lorong yang gelap....
Jalan tue sentiasa ada...
mahu atau tidak terpulang kepada diri sendiri menentukannya..

Bila cakap pasal game mase kecik-kecik..
korang mesti ingat lagikan permainan-permainan seperti nie......

First congkak..
Kedua main baling guli..
ketiga main ting-ting..

 keempat main layang-layang...
 kelima main baling selipar...
keenam main gasing...


ketujuh main baling..tin....

Bila tegok game-game nie....
aku boleh simpulkan bahawa...
setiap peristiwa....tue mempunyai sejarah....yang unik....

Kadang-kadang kita hanya memandang ke arah masa hadapan...
tapi bila aku  mengimbas zaman kecik ku kembali.......
Ia merupakan memori indah.......

nota tangan:

Didalam lubuk hati...
teringin nak main permainan masa-masa kecil..
happy sangat-sangat jika dapat main bersama teman-teman kecilku...
0

bila teringat kamu

Jam menunjukkan tepat pukul 5.30 am.....
tetapi mata aku masih segar untuk menghabiskan kerja-kerja yang semakin hari semakin banyak...
tetapi entah kenapa aku masih still rasa happy untuk abiskan kerja-kerja nie...
nielah realiti kehidupan mahasiswa sebenarnya..
siapa cakap yang pelajar u nie duk senang-lenang...
happy-happy selalu pergi kelas...pastu balik kelas...
pas tue takada keja..
balik boleh pi karoke,shoping,maen laptop......
hem tue sume dusta semata-mata......
demo semua tue cakap je
hanya nak sedapkan hati je sebab menanggung beban kerja yang banyak..
namun pengalaman tue mengajar kita menjadi lebih baik daripada biasa....
apapun kehidupan di universiti nie memang best.....
orang tua-tua pon ada kata biar besusuh-susah dahulu
bersenang-senang kemudian...
belajarlah sampai ke menara gading...

Aku still teguh...mungkin teringatkan kamu......
aku tulis blog juga mungkin teringat kamu....
mungkin sesetengah orang kata pelajar universiti hanya duk study...je..
tapi tak salah kalau kita  nak bercintakan..
kadang-kadang cinta tue boleh membuatkan kita lebih semangat untuk terus berjaya....
mungkin juga cinta di universiti merupakan jodoh kita sampai ke akhir hayat...
pape pon bila teringatkan kamu....
aku rasa happy sangat-sangat......
bila muzik berkumandang seperti kamu ada disampingku....
mungkin ini khayalan.......
tapi aku bahagia.......
walaupun baru saja berkenalan...
tapi aku rasa selesa sangat-sangat....

Ape pon kerja perlu dilunaskan....
inilah kehidupan aku yang sebenarnya......
walaupun penat tetapi semangat berjuang harus diteruskan...
Impian mendapat segulung ijazah masih dalam jankauan..
namun tidak mustahil suatu hari akan ku gengamnya.....

nota tangan:
aku menulis,
aku mengarang,
aku menaip,
mungkin teringatkan kamu......
2

Selebriti vs Pemain Bola

Memang sensasi....
bila sebut tentang dunia selebriti dan pemain bola.....
Dua-dua nama memang pantang didengar...
lagi-lagi jika....selebriti tue terkenal....
cik milah yang tengah jual kuih pon bole benti sat duk depan paper...
nak baca kisah selebriti dan pemain bola...
lagi-lagi pemain bola tue kacak,encem,maco, dan mempunyai susuk tubuh yang tegap....
coen yang tegah study pon ley benti duk tegok pic kt tv ke tau kat majalah...

Yang lelaki pula pantang tegok selebriti tue cantik, seksi, dan menawan...
adam yang tegah khsyuk main facebook pon terbeliak tegok.......
terbeliak mata dye yang kuyup tue....

nak citer la......
hari nie kat paper, aku telah baca tentang pernikahan antara selebriti dan pemain bola sepak nie...
Yang sorang kacak dan yang lagi sorang memang cantik...
Memang bagai pinang dibelah dua...
memang secocok.....

Zaquan Adha Abdul Razak dan isterinya Ayu Raudah dan Che Wan...

Kalau kita lihat pic nie memang berbahagia...
yelah mana taknya pasangan yang baru berkahwin.....

Diharap hubungan selebriti dan pemain bola sepak negara nie
berbahagia....
0

Fenomena aneh yang menarik....

1.  Fenomena bermula dengan Turunnya hujan darah di Kerala , India.....
Kejadian ini berlaku ketika antara 25 julai dan 23 september 2001......
Ramai penduduk yang berasa pelik apabila hujan berwarna merah turun....
di bahagian wilayah selatan Kerala India.....
Di dapati oleh penkaji sains apabila sel partikal mikroskopis titemui di dalam partikal hujan yang sama dengan sel darah manusi ini kerana warna hujan yang turun sama warna dengan warna darah manusia.....


berlaku di wilayah selatan Kerala India...

2. Fenomena hujan binatang.....



Kejadian yang unik ini berlaku di beberapa negara sahaja...
Hujan burung, kelawar, ikan, dan juga cacing....di laporkan turun di beberapa penjuru dunia...
Para saintis melaporkan bahawa kemungkinan besar ada badai dengan kecepatan yang tinggi
dan puting beliung yang melalui air dan meyedut haiwan ini...
dan kemudian dijatuhkan ke tempat yang jauh.....

Hujan ikan....



Hujan ikan,
hampir selama satu abad para penduduk Honduras merayakan apa yang disebut Lluvia de peces (atau bahasa malaysianya hujan ikan)  hehehe...
Ikan ini dipercayai disedut dan dan dijatuhkan ke darat........

3. Fenomena Sungai paling tercemar di India tiba-tiba menjadi manis...



Air laut yang masuk ke Mumbai, tiba-tiba berubah rasa menjadi manis..
Fenomena ini ditemukan oleh beberapa penduduk mumbai yang tiba-tiba merasakan air Di Sungai  Mahim Creek iaitu salah satu sungai yang tercemar di India,
akibat daripada menerima ribuan tong limpahan bahan mentah dan limpahan industri setiap hari...
yang terang-terang dilihat air yang sangat kotor bertukar rasa menjadi air yang manis....

akhir sekali...

Wahai Saudara, Sahabat dan Rakan,
Berganding bahu kukuhkan ikatan,
Janganlah suka membuat kerosakan,
Nyawa terancam menganggu kesihatan....
0

Penyelidik komunikasi.....

Jam dinding menunjukkan  3.48a.m......
tetapi mata aku masih segar memancarkan kepada helaian-helaian yang semakin hari semakin berlambak...
kalau selalu bantal dan selimut busukku menemani waktu tidurku..
tapi kali nie helaian hitam putih pula yang mewarnai mataku ini....
bukan nak citer pasal joget lambak ke pasar lambak ke atau sewaktu dengannya..
ini kerana kerja yang semakin bertambah membuatkan mata aku membulat.....
dalam lingkungan 360 darjah......

Semakin hari semakin lewat aku tidur..
apakah keadaan ini.....
namun kekuatan semangat untuk menghadapi helaian dakwat hitam putih nie masih utuh...


nie lah kehidupan seorang penyelidik....
makan tak kenyang
tidur pun tak lena......
kais pagi makan pagi.....
kais petang makan petang....
pusingan nie menjadi roda-roda dalam harian rutinku...
selagi kemahuan ada roda itu akan sentiasa berpusing...
tetapi jika aku jatuh mungkin roda-roda itu akan berhenti berpusing....

seorang penyelik harus kuat....
walaupun lautan api yang membara akan ku redah...
akan ku harungi.......
akan ku tentangi.......
itulah tanda pembakar semangat untuk aku.........

lastly....
sesiapapun boleh buat kita ketawa tetapi 
tidak semua mampu membuat kita bahagia....
0

USM VS KELANTAN

Hari nie aku nak citer pasal perlawanan persahabatan antara usm dan kelantan....
first time dengar berita kelantan lawan usm memang gempak wei...
maklum la juara baru Piala Malaysia nak datang usm...
mau  tak kecoh satu usm nie....
lagi-lagi bila perempuan menjerit memekik-mekik dan berteriak memanggil nama yang semakin menjadi buah mulut orang ramai iaitu khairul fahmi che mat.....atau nama manjanya APEK...
hensemnya......I like...Ilike..dye..
siap ngaku lagi......
pakwa aku datang wei...
jom la...pi tegok..
ajak mai kawan-kawan ye.....
Mau taknya goalkeeper terbaik malaysia nak datang usm...kot...
bukan khairul fahmi saja....yg datang
tetapi my favourite pemain aku pon ada gak iaitu norsharul idlan talaha...
yang dia nie nama dia susa sikit la nak disebut..
harap maklum la orang dah berpunya...
ehem-ehem....
faham-faham je la saham dah turun der.....





Perlawanan bermula pukul 9.30 p.m....
sebelum perlawanan usm dengan kelantan...
kami dihidangkan dengan perlawanan antara pasukan veteren usm lawan
veteren pulau pinang yang berkesudahan dengan jaringan satu berbalas kosong yang dimenangi oleh veteren usm......ok la....walaupun pakcik-pakcik yang main tetapi semangat kesukanan yang tinggi.....
tetap menarik perhatian penonton...

selepas itu kami dihidangkan dengan perlawanan yang dinantikan peminat-peminat bola sepak iaitu
antara usm bertemu kelantan..yang berkesudahan usm menaang dengan jaringan satu gol berbalas kosong....







Memang best perlawanan persahabatan nie....
mau taknya...usm menang pulak tu.....
bermakna pasukan usm pon haruslah dipuji kerana bukan senang beb nak kalahkan kelantan...
by the way walaupun kelantan kalah tetapi kelibat khairul fahmi tetap maco beb..
mana taknya walaupun bolos satu jaringan tapi gadis-gadis usm duk teriak nama dia lagi..
khairul fahmi....kacaknya......cute...memang hensem...serius....
siap duk kata macam muka pakwa dye....
hem...yang tu memang perasan.....la.....
hahahhaa....
nie lah sedikit coretan daripada aku....
usm memang terbaik.......
0

luahan hati kecik.....

Hari nie aku nak luahkan isi hatiku yang kecil nie...
Antara best friend atau girlfriend.....
Apa bezanya....
Pada aku best friend nie seorang yang mampu berada disisi kawan ketika suka dan duka...
Pada aku kawan merupakan antara perkara terpenting dan bernilai untuk aku...
Bak pepatah biar ramai kawan jangan sekali ada musuh...

Manakala girlfriend pula pada aku merupakan something yang pada aku seorang kawan yang kita sayang dan boleh berkongsi rahsia, dan segala benda yang penting yang kadang-kadang kita tak boleh citer dengan mak,ayah kita mahupun sahabat baik......

Tetapi kenapa kadang-kadang orang tak faham makna best friend dengan girlfriend...
tolonglah......manusia....kenapa anda tidak dapat bezakan lagi apa perbezaan antara kedua-dua perkataan tersebut.....nie tahun 2011 k.......
sama ada anda tahu atau pura-pura tak tahu...

Pape pon aku hanya mampu menulis dalam luahan hati kecilku ini...
aku suka berkawan, aku suka menjadi kawan, dan aku suka digelar perkataan kawan.....
lagi best kalo dapat gelaran best friend.....
niE kerana tak semua boleh menjadi sahabat yang baik...
kadang-kadang kita tak sedar bahawa kawan sendiri pon boleh menjadi musuh kita...
Apa-apa pun aku sangat gembira mempunyai rakan-rakan aku di usm...
harap-harap aku boleh menjadi sahabat yang baik...
dan paling bermakna untuk aku menjadi best friend di kalangan mereka....










Nie adalah kawan-kawan aku di usm..

Many people will walk in and out of your life, but only true friends leave footprints in your heart” “When we started our circle of friends and like that circle there is no beginning or end. Yesterday is history. Tomorrow is a mystery. Today is a gift. That is why they call it a present..

Sayangilah rakan-rakan anda..
dan peliharalah rakan anda sepeti nyawa anda sendiri.......
2

AKU PEMINAT LAGU KOREA...

Salah ke lelaki minat lagu korea,
Perempuan je ke boleh dengar lagu korea..
sebabnya yang nyanyi lagu korea tu lelaki yang kacak,hencem,maco,tampan,molek.....
jadi perempuan je boleh minat.....

First time dengar ayat nie....dulu...
aku pon pelik ada ke lelaki yang minat lagu korea..
tetapi bila layan puya layan feel lagu korea nie...
aku rasa best......
nie kerana kerana mesej kebanyakkan lagu korea nie boleh tahan la...
kerana lagu-lagunya sangat romantik...beb...
Tanpa segan silu aku kata aku peminat lagu korea.....
First movie korea aku tegok....

Boys over flower.....

Nie namanya Hyeon-Jung-Kim my favourite character.....
senarai character...hye-seon ku,min-ho lee,hyeon-jung-kim,kim beom,kim jun....




lagu favourite korea pulak lagu promise...
daripada A.N.JELL



Promise....my favourite song...

nie pula rain gaya dance dye memang memukau........
best tegok dye dance serius...

Pape pon tak salah pada aku lelaki minat lagu korea....
Nie terpulang kepada persepsi kita terhadap....seseorang.....
tapi feel bila dengar lagu korea memang best...
lagi-lagi kalau terkenangkan seseorang kita sayang..
hehehe..........
0

ANJAKAN PARADIGMA

Di malam jumaat...nie....
aku rasa aku dapat ilham untuk berubah sesuatu yang baru...
sesuatu yang aku yang tak jangka untuk buat benda nie...
orang kata berubah untuk menjadi lebih baik adalah sesuatu yang luar biasa...
tapi aku memang suka buat benda yang luar biasa...
ini gara-gara aku dapt ilham setelah pulang dari kuliah wus iaitu kelas keusahawanan...


Berbalik tentang topik yang aku nak habak kat pembaca blog aku nie tentang...
ANJAKAN PARADIGMA......
apa itu anjakan paradigma...
first time aku dengar ayat nie aku pon tak taw....
tapi bila aku search kat laman sesawang nie...baru lah aku taw....
nie nak kongsi la kat korang semua...
anjakan paradigma bermaksud ubah kaedah atau ubah cara lama... 
Ubah' ini termasuklah tukar, buang, tinggalkan, perbaiki diri kita menjadi yang lebih terbaik..


Dalam kotak fikiran aku nie aku berpendapat tak salah kalau kita nak wat perniagaan ketika belajar...bak pepatah pon ada kata sambil menyelam kita minum air...
bukan la kita nak jadi seorang usahawan berjaya...
setidak-tidaknya dapat la kita improve diri kita dari semasa ke semasa...
walaupun bermula dari bawah tapi aku yakin...
sesuatu pengalaman itu membuat kita maju kehadapan..
dan aku ingin menjadi seorang yang luar biasa...


Orang kata belum cuba belum taw..
tapi fad kata mesti cuba baru taw...
huhu......



 Bagaimana nak berjaya kalau cuba pon belum.....










Apapun langkah pertama aku adalah untuk membuat perniagaan secara kecil-kecilan...
Dan projek pertama bermula dengan jualan expo kursus keusahawanan.....

Suka aku mengakhiri dengan serangkap pantun...

Hendak dulang diberi dulang ,
Dulang berisi sagu mentah ,
Hendak pulang ku beri pulang ,
Tinggalkan pantun barang sepatah ,



Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas" itulah kata
                         pepatah orang tua-tua.



Usaha itu tangga kejayaan.....
0

Kisah Blog Ke 2...

Hai pembaca-pembaca blog semua...
lama dah aku tak tulis blog....nie..
rindu teramat sangat.....
bukan apa.....aku rasa bengang yang maksimum sampai aku rasa malas nak tulis blog....
Bukan apa....aq rasa terkejut bila aku bukak blog pertama aku...
sebabnya bila aku bukak tiba-tiba tak dapat dibuka kerana aku guna email yahoo...
bengang tak bengang aku terpaksa terima hakikat yang blog pertama aku burn cam tu je....
marah gak la first time bila tak dapat tulis dekat blog sendiri...
aku hanya mampu membaca penulisan-penulisan blog orang lain.....
sedih beb......
setelah dua bulan aku menyepikan diri....
aku rasa aku perku membuat blog yang baru...
kerana minat yang mendalam yang terlampau sangat terhadap blog nie la aku membuat keputusan 
untuk membuat blog ke dua...hehehe...
and then nie la first penulisan blog yang baru aku......

Selembar daun gugur di taman,
Ku sisipkan pada juntaian kembang,
Serangkap pantun ku tabur di laman,
Ku sisipkan pada RUANGAN SEMBANG!

SALAM PERKENALAN....




Back to Top