0

Liku-liku 2012

Tahun 2012 bakal berakhir. Sejarah lalu makin hampir untuk meninggalkan aku. Banyak memori tercipta dikala usia aku hampir mencecah usia dewasa. Remaja aku semakin hilang tatkala study aku tinggal lagi 1 semester.

2012 banyak memberi kenangan indah. Dari dulunya aku seorang yang pemalu untuk berhadapan dengan orang diluar, especially girls. Kini diusia 20 an ini aku semakin berani dan semakin matang untuk menempuh liku-liku kehidupan yang semakin mencabar.

Yang paling best pengalaman pertama kali kerja part time semasa study. Bertambahlah pekerjaan yang aku dah buat sepanjang kehidupan aku hingga hari nie.

Kerja di kedai Photostate wau memang mencabar dan best giler. Duet pon masyuk arghh jugak. Aku tak pernah kerja sambil belajar. Ini pengalaman pertama aku kumpul duet untuk seseorang. Huu Alhamdulilah cukup untuk menambah duet simpanan aku. Walaupun tak seberapa tetapi pada aku jika kita usaha, kita pasti dapat capai impian yang kita inginkan.

Kedua pengalaman bekerja di kosmo seseuatu perkara yang tidak pernah terfikir dalam minda aku. Pengalaman yang paling best daripada zero sampai lah aku reti menulis berita dan rencana untuk tatapan pembaca.

Ini antara contoh artikel yang masuk di dalam ruangan kosmo:





Tidak kusangka berpeluang untuk menulis berita di sebuah akhbar yang besar lah jugak.. Kosmo lah katakan. Yang penting nama penulis Oleh Mohamad Fadli Selamat di baca oleh satu Malaysia. Ini yang dikatakan tuah manusia tiada siapa yang tahu.

Walaupun sekadar dua bulan, pengalaman yang aku tak kan lupa sampai bila. 2012 pemangkin kepada aku untu terus berjaya dalam hidup. Insyaallah habis study kalo ada rezeki boleh berangan duduk kerusi seperti nie:



Hahah.. gambar tengah amek mood:

Nie muka first day masuk kerja...


Nie pulak gambar masa raya huu.. Encem tak. Bukan senang nak amek gambar ngan org besar di Kosmo..Impian tercapai lah jugak nak bergambar. Gambar pon jadilah

Nielah barisan pekerja-pekerja di kosmo!
Ketiga sampai USM, dapat tulis berita untuk pembaca siswa-siswi Univeristi Sains Malaysia, Berita Kampus.

Satu lagi pengalaman yang berguna untuk aku memantapkan dalam penulisan.

Tahun 2012 sesuatu yang manis juga untuk aku. Memori ini akan terus menjadi pemangkin untuk aku berjaya dalam kehidupan.

Azam baru tahun 2013. Nak tunaikan hajat mak aku untuk lihat anak tunggal lelaki dye nie genggam segulung Ijazah. Insyaallah akan terlaksana impian mak aku untuk sem terakhir di tahun 2013.

Selain itu aku harap dapat kerja, yg penting halal, kumpul duet, naik pelamin, bukak bisnes sendiri, kalau ada rezeki sambung Master, beli rumah, beli keta dan timang anak.... hohoho InsyaAllah...

Semuanya di tahun 2013...weehuuuu Selamat menyambut tahun baru...

0

Assignment + Exam

Fuhh!!! Kita bagi fuhh sikit, Hahaha...Jangan nak poyo, poyo semua tue (Johan kata bukan saya kata)

Berkurun rasa tak menaip kat blog kita nie, terasa hilang seri dah blog kita nie,,
Yelah dok taip Assignment je, sampai tak sempat nak menaip blog kita yang beribu-ribu fans nie...Opss..Kita bagi oppss cikit.

Pejam celik, terasa pantas masa berjalan, akhirnya, masa bebas semakin hampir.
Sem 5 di Universiti Sains Malaysia (USM) bakal berakhir.
Namun, terasa dunia ini kejamnya, tak habis nak enjoy lagi, exam pula nak menjelma.

Nak dipendekkan cerita sem 5 nie aku buat hapa yer.

Pengalaman pertama:

1. Kita dapat cari duet tepi hah!!!

Maaf kita bukan jadi bapak hayam yer, kita kerja kedai Photostate, kerja halal taw.
Hari-hari main kopi-kopi pastu paste-paste.
Boleh lah daripada tak ada..yang penting halal.

2. Dapat taip-taip berita

Macam-macam berita aku taip, yang penting pengalaman tue mesti ada. Bertambahlah koleksi berita kita keluar. Walaupun tak hot mana masuk berita kampus usm tue. Hingat senang ke, cer try, tegok cikit, hemmm..

3. Kita reti guna kamera apa tue DSLR, har gitu!!!

Seyes, mang best bila reti guna kamera DSLR nie, macam benda aku ley amek gambar. Yang penting aku taw angle mana yang menarik untuk menjadi photo terbaik. So pasnie ley lah aku wat duet dengan amek gmbr wedding hee...

4 Video pon kita pandai wat dah!!!

Video yang paling best, ley wat gmbr gerak-gerak gitu.. Nie lah antara ilmu yang kita dapat. So nanti kita sambung cerita lagi yer..

Tata..titu.. Assalamualaikum..

Kaki Rayau Si Lanun

Kesesakan di sekitar ibu negara  Malaysia nie tak membataskan aku untuk mengunjungi bermacam-macam tempat yang menarik. Apa yang penting, praktikal di kota bandar raya yang penuh dengan lautan manusia nie memberikan aku kekuatan untuk menjadi yang lebih terbaik.

0

Berita Terkini : Kegilaan Melanda selepas lima hari

Kuala Lumpur - Seorang pelajar daripada Universiti Sains Malaysia disyaki menjadi giler apabila kehidupannya diselubungi oleh kegembiraan yang tidak terkata setibanya beliau di sini sejak lima hari yang lalu.

0

Kerja last minute

Exam hampir melabuh tirainya...lagi dua paper je...je...cam senang pulak paper yang last-last nie kan. Okie tak mau stress-stress, cekalkan hati, bukak minda, pandang kehadapan dengan riaknyer muahaha.

0

Kisah kita, aku, dan saya ;)

Lama sungguh tidak menyinggah kat blog nie, impaknyer tak taw dah nak tulis apa. Heemm, Entry nie dinamakan main belasah jelah janji nak update jugak.

Berjimba bersama PM

Dup dap...dup dap..berdebar-debar beb. Har apasal berdebar, sebab first time guna ayat berjimba kat atas nie. Sekian lama aku bertapa kat dalam U nie kepala aku dah naik ting tong. Tue pasal lah ayat main belasah je nie.

Ok cerita ini bukan untuk bebelan aku tapi, aku titipkan khas untuk pembaca yang sentiasa dekat dihatiku. Minggu berlalu macam air pasang babnya ada kalanya surut dan ada kalanya pasang. Pejam celik buka mata dah nak cuti mid-sem. Hatiku gembira bagai mendapat gula-gula lolipop lah. Sedap beb, nak rasa cubalah.

2

"Cadangan nama bayi Sop"


Bumi Minden

Sedetik Hati bila mengenangkan aksi pada rabu lepas apabila buat julung kalinya aku beraksi di bumi Minden. Aksi ala-ala Lionel Messi yang dah pencen pon berlegar-legar di segenap padang. Tapi Messi nie just main centre mindfilder jer. Har dah lah nafas cukup-cukup makan, nak dikejarnya pemain import dari Iran pulak tue. Memang pengalaman yang tak dapat dilupakan.

0

Tak Keruan

Akhirnya aku dapat menyinggah di blog nie sekian lamanya. Sem 4 pon telah bermula, dan nampaknya kebuzy an yang semakin menyelubungi ruang-ruang hariku pon sudah kembali. Think positive, dan Alhamdulilah segalanya berjalan dengan baik. So minggu lepas aku ada join beberapa aktiviti menarik yang nak di share kat sini. Aktiviti nie ialah program interaksi belia siswa Johor IPT 1 Malaysia. Apa yang menarik tentulah aku dapat balik ke negeri keramat aku iaitu Johor Darul Takzim.

2

Salam Maulidur Rasul

Aku mulakan dengan lafaz  بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ  (Bismillah-Hirahman-Nirrahim) yang bermaksud “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”. Alhamdulilah, hari nie sekali lagi bersyukur masih diizinkan oleh Allah s.w.t untuk bersama-sama di majlis Maulidur Rasul. Banyak ilmu yang nak dikongsikan bersama. Tapi aku tak nak ulang balek apa yah Ustaz Muhaizan tadi cakap. Tapi aku nak share point yang penting untuk dikongsi bersama. Insyaallah boleh dimanfaatkan oleh kita sebagai sesama umat Islam.

0

Waspada Wahai Wanita seluruh Dunia

Tajuk entry kali nie dah cam lagu final kumpulan project pistol, Wanita seluruh dunia pulaknyer. Nak dijadikan tajuk entry yang ala-ala hot lah katanyer. Topik yang aku pilih hari nie khusus kepada kaum hawa. Wahai Wanita pernahkah anda terfikir yang anda sedang berada dalam keadaan yang bahaya? Why i say like that. Sebab aku pencinta kaum-kaum hawa. Bukan-bukan tibe-tibe plak pencinta wanita kejadah nyer. Ini kerana jenayah boleh berada dimana-mana.

Superbike vs Mak Cik cuak

Kejadian nie berlaku dalam 2 hari lepas. Saja nak share pagi-pagi buta nie kepada yang ketinggalan boleh baca kat entry nie. Kejadian yang pelik  nie melibatkan seorang wanita yang berusia lingkungan 50 an, yang tak taw lah reti bawak ke saje test driving sendiri cuak bila langgar sebuah motosikal superbike. Giler dah langgar sekali tak cukup tue dirempuhnyer pulak kedai-kedai motor superbike tue. Habis sume dilanggar lebih kurang lima kali dengan mengundur ke depan dan ke belakang kereta yang dipandunya.


Sekitar Kejadian Dunia

Menarik untuk entry kali nie, aku ada terbaca dalam satu article nie tentang kejadian alam yang kadang-kadang kita tidak sedar dengan kewujudannya. Article nie aku baru beli menggunakkan baucer buku 1 Malaysia (BB1M) lah. Nama majalah nie Knowledge, simple jer, but banyak ilmu boleh kita dapat.

So apa yang menarik aku nak share ialah satu tempat nie yang bernama PUYEHUE VOLCANO dekat negara Chilie bukan cili pedas yer. Cili pedas sesuai dengan masakan asam pedas i okie, promote cikit. Apa yang menarik cahaya yang wujud dekat permukaan atmosfera nie telah menghasilkan satu cahaya yang dasyat akibat daripada tindakan molekul-molekul di ruang permukaan atmosfera terbabit.

0

Keuntungan Wahai Lelaki Yang Soleh

Setiap lelaki mempunyai tanggungjawab yang besar di dunia...
Memimpin wanita menuju ke syurga...
Namun sedarkah anda lelaki soleh mempunyai ganjaran yang sangat besar di Syurga kelak...
Ganjaran yang tiada tolok banding kenikmatannya...
Sekiranya anda mengamalkan "Ammar Ma'ruf Nahi Mungkar"
 Maka berbahagialah wahai lelaki soleh...
Bidadari Syurga menanti anda...
Sebagai isteri di Syurga...

0

Sisa-sisa cuti

Huuhhh, dush, bushhh, aku taw lama dah tak menghupdate my blog nie. Yer, bukan buzy mana pon, tapi aku malaz. Malaz nak taip. Kawin rajin. Hoii, nape sebut pasal nie, karut semua tue. Malaz sebab cuti nie, sebab memikirkan apa yang perlu dibuat. Sampai je, di tanah Negeri Lahir aku nie, mula la berkumandang lagu sedetik lebih nie. Wassupp, lagu tue derr. Hingat balek nie satu mercu kebebasan, Hupenyer selain kuar berjalan seperti biasa, sambil menghabiskan sisa-sisa kat dalam my pocket nie, sambil tue jugak la, perut aku semakin diisi dengan masakan my mom nie. Taw lah kat umah nie, semua suka masak. Dah tue sape nak makan, my muncet jugak.

0

Kertas dan Dakwat Pen

Jam waktu Malaysia menunjukkan pukul 3.30 pagi. Mata masih segar bugar lagi. Ntah kenapa hari nie aku terlalu obses untuk menghabiskan nota-nota yang terakhir untuk exam kali nie. Seriously pas nie mesti aku miss giler ahh kat my nota-nota yang menemani waktu tidurku. Cehh bukan rajin mana pon, tapi semangat dan usaha tue tetap ada, atleast im proud kat muncit sebab selalu tahan je azab kelaparan pagi-pagi buta nie.

2

Bom Merang atau Bom Mereng

Di suatu pagi, saat anak-anak mata aku keseronokkan dalam waktu rehatnya, damm ntah bunyi lagu sumbang mana ahh mendayu-dayu kat telinga aku. Nak diikutkan hati makan penampar kan aku bagi, saiz tapak Big Foot kang melekat kat pipi mu. Hati yang kembang kecut menahan azab kesakitan nie pon bangun dari waktu lenaku sambil mencari bunyi tadi tue. Ohhh my mucuk ncet aku dah. Nak kata pasang alarm selalu langgar. Nie mesti ada emengency call.

Dengan sepantas tak nak kilat nyer aku berjalan anak sambil berjalan dengan muka tempoyak basi, air liur kat pipi masih tertacap mengangangkat my mucuk.

4

Shopping Buku...Apakah?

Kalo aku habaq kat Mak Cik Pah belakang umah aku, sebelah tiang lampu, berhadapan dengan umah Pak Mat Kenet yang ada kandang lembu, mesti dye gelak mengembOOO. Apakah maknayer yer?
Rusa masuk bandar ke? Orang kata kalo masuk kandang kambing mengembek, kalo masuk kandang harimau mengaum. Ahhh mengarut lah.

DunIOwi...Its Reality

Tajuk entry kali nie tak ada kena mengena pon dengan apa yang aku nak citer. Kisah nie berkisahkan ketegangan yang melanda dijiwaku. Ini benar-benar masak dan tak masuk akal. Aku jarang dapat adiah perasaan cam nie. But still normal dan perasaan nie memang lah untuk dye pon.

3 bulan dah tak balik, ingatkan tahan, rupanyer sangap dah. HEM, ini bukan kisah disco yer, ini kisah aku dan keluargaku. Rindu lah ya amat. Sedar tak sedar dah 3 bulan aku tak balik rumah. Ini lah kisah hidup perantau.
3 hari sebelum aku menulis entry ini.

Ketenangan yang dicari

 Muhasabah diri,

Kadang kala kehidupan ini memang sukar dijangka. Perancangan yang baik tidak semestinya berakhir dengan baik. Pada aku, aku percaya pada takdir yang telah ditentukan oleh Allah. Sebaik-baik perancangan kita, sebaik-baik lagi perancangan daripada Allah S.W.T. Sesungguhnya kita hanya lah manusia biasa yang sentiasa mahu mencari ketenangan dalam kehidupan yang diredhai oleh Allah.

0

Usaha haruslah diiringi dengan doa


Alhamdulilah past paper first aku. Macam biasa lah sebelum exam start je aku mesti gelabah tiba-tiba. Hem kenapa ye??? Perkara nie selalu terjadi setiap kali aku nak masuk exam. Mungkin aku lupa untuk berdoa kepadanya bahawasanya Allah yang menentukan berjaya atau tidak aku untuk paper kali nie. Nampak iman aku masih belum cukup kuat.

Walaupun kita usaha dengan baca sebanyak manapun, jika kita lupa untuk berdoa dan meminta pertolongan daripadanya, nescaya kejayaan itu masih belum mudah untuk dicapai.

So nasihat aku sebelum nak menjawab exam, kita haruslah membaca doa untuk dipermudahkan menjawab dalam paper yang kita amek. Kadang-kadang kita lupa setinggi mana pun kita study, sepandai mana pun kita dalam dunia ini, jika tanpa izinya kita tidak akan berjaya.

 

Doa yang baik untuk diamalkan sebelum menjawab exam:

1. Al- Fatihah -7 kali.
2. Selawat 7 kali
3. Subhanallah 44 kali
4. Alhamdulilah 44 kali
5. Allah hu Akbar 44 kali
6. Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali

Seterusnya membaca doa. Lebih sesuai jika dibuat sebelum melangkah ke dewan peperiksaan.

Doa yang baik untuk diamalkan sebelum memulakan pembacaan buku. 



(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,
wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin
)
Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul
serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu,
juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"

Doa sebelum masuk ke dewan peperiksaan.

 
(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)
Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)


Doa sewaktu lupa menjawab soalan.


(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu
Allahumma zakkirnii maa nasiit
) 3 kali

 Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)

Doa memohon Kejayaan Cemerlang. Baik diamalkan dengan membaca sebelum tidur.






(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha
wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'
wan nasra alaal a'daa')


 Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan,  tempat para syuhada'
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh

"Kita hanya mampu merancang, tetapi Allah yang menentukan"
Semoga entry kali ini dapat kita manfaatkan bersama.



Back to Top