0

Usaha haruslah diiringi dengan doa


Alhamdulilah past paper first aku. Macam biasa lah sebelum exam start je aku mesti gelabah tiba-tiba. Hem kenapa ye??? Perkara nie selalu terjadi setiap kali aku nak masuk exam. Mungkin aku lupa untuk berdoa kepadanya bahawasanya Allah yang menentukan berjaya atau tidak aku untuk paper kali nie. Nampak iman aku masih belum cukup kuat.

Walaupun kita usaha dengan baca sebanyak manapun, jika kita lupa untuk berdoa dan meminta pertolongan daripadanya, nescaya kejayaan itu masih belum mudah untuk dicapai.

So nasihat aku sebelum nak menjawab exam, kita haruslah membaca doa untuk dipermudahkan menjawab dalam paper yang kita amek. Kadang-kadang kita lupa setinggi mana pun kita study, sepandai mana pun kita dalam dunia ini, jika tanpa izinya kita tidak akan berjaya.

 

Doa yang baik untuk diamalkan sebelum menjawab exam:

1. Al- Fatihah -7 kali.
2. Selawat 7 kali
3. Subhanallah 44 kali
4. Alhamdulilah 44 kali
5. Allah hu Akbar 44 kali
6. Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali

Seterusnya membaca doa. Lebih sesuai jika dibuat sebelum melangkah ke dewan peperiksaan.

Doa yang baik untuk diamalkan sebelum memulakan pembacaan buku. 



(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,
wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin
)
Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul
serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu,
juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"

Doa sebelum masuk ke dewan peperiksaan.

 
(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)
Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)


Doa sewaktu lupa menjawab soalan.


(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu
Allahumma zakkirnii maa nasiit
) 3 kali

 Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)

Doa memohon Kejayaan Cemerlang. Baik diamalkan dengan membaca sebelum tidur.






(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha
wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'
wan nasra alaal a'daa')


 Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan,  tempat para syuhada'
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh

"Kita hanya mampu merancang, tetapi Allah yang menentukan"
Semoga entry kali ini dapat kita manfaatkan bersama.

0 comments:

Post a Comment

Takkan baca jer kot...

Back to Top