3

Burung Hantu

Time-time nak exam nie, mula la jadi burung hantu. Mata celik sampai pagi, membuta ke tengah hari. Damn, tidur selepas subur seperti menolak rezeki. Pak ustaz aku katalah. Nak wat lagu mana, dah tue cara aku study, ok lah jadi burung hantu, daripada jadi bapak hantu, puihhh.

Study tak la banyak mana. Never mind lah yang penting aku study. Walaupun pagi-pagi muka aku macam zombi kampung pisang, still hansem lagi. Tak payah nak tepek-tepek penyeri muka lah apa, nature dah. Anugerah tuhan (poyo jer).

Aktiviti nak exam nie, firstly jalan-jalan kat pusat Hamzah Sendut Baru. Wat per kat citu. Ada orang kata aku study. Giler apa, malu lah aku study kat libry. Jawapannyer, aku just nak tegok jer sape yang study kat libry nie. Apa tak salah kan yang penting niat nak study tue ada. Niat yang baik tapi tanpa usaha. Payah doh. Atau ayat panjangnyer payah BODOH!!! Amek ko.....

Petang-petang tak masuk dah nak study, lagi-lagi pukul 5 ke atas. Aku rasa macam ada yang cemburu time-time aku tengah date ngan gf aku nie. MY gf sape lagi buku dan nota kuliah lah. Cara mengatasi, PES 2011, with my rumate. Salah ke? Rumate aku kata release tension. Exam kan tawon depan lama lagi doh. Lama lagi BODOH!!! Relaks sudah.

So bukan nak menyembang benda yang tak penting. Cuma nak sedapkan hati nie yang gelisah seperti dingurat oleh gadis-gadis yang comel plak. Pape pon sedarlah exam nak dekat doh. Lagi 5 hari giler. Kalo aku tak dapat result yang gempak malu derr. Bukan malu jer wei, balik kena ceramah dengan mak aku, tak masuk 3 hari 2 malam dengan bapak aku plak. ISHH...kejo giler namanyer. So niat dah ada, Usaha lah. Tak dapat banyak, kurang banyak pon jadilah. So my geng, contohilah mana yang baik, dan tingkatkan pretasi anda. Langkah awal JOM study....
4

Pertarungan Badminton Geng 32 ( Stadium USM)

Menjelang peperiksaan akhir semester nie macam-macam lah aktivitinyer, nak release tension lah katanyer. Apa lagi Geng 32 Fajar Harapan pon wat lah perlawanan persahabatan. Masing-masing mau menunjukkan kehebatan sesema sendiri. Kite orang start kul 10 pagi sampai 12 tengah hari. Agak best la disini coz lama tak buat perlawanan antara Geng 32 nie. Kite orang main double match dan amin campur-campur je. Namun kehebatan Jo dan Fauzi agak terselah lah disitu coz mengalahkan beregu-beregu lain seperti aku (fad) dan john, faiz dan pok qent dan apiz dan zul.

So dalam perlawanan nie bukan lah nak cari sape yang hebat. Saja nak merapatkan hubungan kawan-kawan. Pape pon point kat cini nak citer selamat menghampiri peperiksaan akhir sem bagi sem 2011/2012 tahun ini. Semoga success semua menjawab peperiksaan. Jawab dengan tenang dan yang penting jangan over confident ok.

Team Jo dan Pojie

Nie match budak usm gak
Team Faiz dan Pok Qen

Apiz dan John..Adam tegok jer ke???


Nie lah sedikit gambar semasa match pagi tadi. Memang fun lah. Pas nie ley lah wat persiapan untuk peperiksaan pula.



3  kata....daripada aku.....Study oh Study.....
2

Sekitar USM ( FROM USTAZ KAZIM)

Hari ini masih bersyukur jari ini masih berfungsi untuk terus menaip. Menjelang study week bagi pelajar USM, Rabu, 21/12/2011, satu sambutan majlis sempena Maal Hijrah telah berlangsung di Dewan Budaya USM.

Apa yang menarik perhatian kepada seluruh warga USM mahupun Sekitar penduduk Pulau Pinang ini, Majlis ini telah dihadiri oleh Ustaz Kazim. Termasuk lah aku nie yang teruja sangat nak tegok secara live. Apa lagi kelas habis pukul 9 pagi yang indah terus berlari ke Dewan Budaya. Memang penuh satu dewanlah sampai ada yang berdiri untuk memeriahkan lagi majlis yang dianjurkan oleh pihak USM.

Ustaz Kazim

 Nak dipendekkan cerita kita kat cini, cehh, aku nak berkongsi apa yang ilmu yang aku dapat hari ini. Cam serius jer bunyinyer. Tapi apa pun Ustaz Kazim mempunyai personaliti yang mengamatkan satu dewan hari ini.

Bercerita tentang isu-isu semasa yang menjadi  permsalahan dalam kalangan pemikiran masyarakat masa kini. Beliau mengatakan ada empat perkara penting dalam hidup kita nie untuk menjadikan kita masyarakat yang bersepakat. Isi-isi penting.

i) Bashyiru ( Orang yang disukai)
-Jadilah insan yang disukai kerana tiada kaum yang dapat mengubah kaumnya menjadi baik melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya untuk ke jalan kebaikan.

ii) Jangan bagi orang jemu
-maksud disini kita janganlah sentiasa berada ditakuk yang lama. Hidup mesti mempunyai pembaharuan, jadilah insan yang berinovatif yang mampu memberi sumbangan kepada masyarakat mahupun negara.

iii) Yassiru (bagi orang mudah)
- melalui kekuatan tauhid dan kekuatan akhlak. Contoh paling senang bagi salam pun sudah dapat memberi dan mengajar kita supaya sentiasa berakhlak kepada sesama manusia. Akhlak yang tinggi boleh dicontohi oleh akhlak yang terbaik iaitu daripada nabi kita.

iv) Kekuatan ilmu.
-melalui kekuatan ekonomi, pendidikan, perpaduan, dan kekuatan jihad. Perpaduan itu adalah rahmat. Jadilah diri sendiri janganlah kita sentiasa memikirkan keburukan orang lain. 

Actually ceramah nie lebih kepada untuk membuka minda masyarakat supaya bersepadu. Kerana bersatu padu iti memberi kemakmuran didalam negara kita. Janganlah disebabkan politik kita sanggup berpecah belah menjatuhkan maruah negara kita sendiri. Fikirkanlah.

Itu sahaja yang dapat dikongsi. :))

Siap berdiri depa nak dgr ceramah Ustaz Kazim
2

Merempit di Penang

Cerita hari ini berkisahkan merempit. Wah gempak tue. Nampak nyer nie pos kedua aku. Dua kali berturut-turut nie post kat blog yang terbengkalai lama dah. Semangat berkobar-kobar bila menaip kat blog nie.

Nak dipendekkan cerita. Hari ini aku dan rakan-rakanku telah merempit ke USM Kampus Kejuruteraan. Aku ( Fad), John, Adam, Akmal dan Apiz telah mengambil keputusan untuk merempit dengan menaiki motosikal yang berdaftar plat J semua. J tue 4 Johor. Caye tak caye kan orang Johor merempit.  Dan agak tak caye gak lah aku nie merempit kat penang nie. Lama dah tak berkonvoi kat penang nie. Selalu jalan-jalan kat area USM induk jer. Balik USM to QB, BJ, Komtar, dan area SG. Dua.  Kali nie berhijrah jauh cikit. Nie semua nak support pemain-pemain Sukad Desasiswa Fajar Harapan yang ku cintai. Alhamdulilah perjalanan kami selamat sampai pergi dan pulang.

Kemenangan bagi pasukan Ragbi Fajar Harapan dengan pingat emas. Manakala skuad Takraw melangkah bergaya dengan menewaskan pasukan Aman Damai pada aksi suku akhir. Nie semua hasil support kite orang lah penyokong setia pasukan Fajar Harapan. Habis perlawanan kami bersiar-siar di kampus kejuruteraan.

Selepas solat magrhrib, kami pulang untuk pergi ke restoren di SG. Dua, Seberang Perai, Penang. Ada apa dia kat situ. Hem ternyata ada udang di sebalik mee Choe Kuew Teow.  Aku sebebnarnya tak minat pon mee Chow gua pebenda ntah nie, susa tol nak sebut. Tapi sebab di suggest beberapa kali yang katanya sedap sampai menjilat jari-jemari, tapi bukan jejari runcing yer. Aku pon try la. Tapi ditemani rakan-rakan serempit aku nie sekali lah. Ternyata luar jangkaan sangat sedap. Mang lah ternyata perumpamaan masakan pokok bergoyang kalo tak ditiup angin tue pon bermain diminda aku. Habis licin satu pinggan. Tak cukup tue, jin-jin kami pon nak makan jugak. Tambah lagi nasi goreng udang. Amek ko 2 pinggan sorang satu. Air tak nak dua gelas habis. Tue lah bila nafsu dah naik daun. HEHEHEH. Pape pon mang terbaik lah mee kat citu.

Lepas puas dok melantak kat citu, kami pon pulang ke destinasi kami, USM Induk.Merempit lagi balik tue. Lepas gian lah katakan. Satu pengalaman yang menarik nak dikongsikan. Tue jelah yang nak diceritakan.

Nie dye USM Kampus Kejuruteran

Mat-mat rempit Adam, Apiz, John Akmal, aku je xda, tapi moto lagenda aku ada.

Nie pasukan EMAS Fajar Harapan- Ragbi

Sekian.
0

Bila Bercerita Tentang Cinta

Lama tak update blog nie, terasa bagaikan hilang arah tujuan blog aku nie. Alhamdulilah hari nie dapat juga aku menulis apa yang terdetik hati nie nak diluahkannya. Hari ini kehidupan kembali normal kerana terlepas sudah tanggunjawab sebagai ketua kumpulan untuk research yang mencabar kehidupan sebagai salah seorang mahasiswa. Nice, satu pengalaman yang mencabar kerana berbagai cabaran dihadapi, sehingga tak tidur untuk beberapa hari dalam seminggu dalam tiga bulan. Satu kenangan manis yang akan diingati sampai bila-bila.

Namun nak diceritakan, hari ini aku dapat satu cahaya jalan yang selama nie merungsingkan minda aku yang berjiwa kacau nie. Semuanya sebab Cinta. Cinta, bila kita bercerita tentang cinta, kita tak boleh menipu cerita ini. Sebab cinta tue dekat dengan diri kita. Cinta tue suci dan perasaan tue kita tak boleh kata tak nak. Tapi sebenarnya kita boleh kawal. Insyaallah dengan izinnya juga. Bukanlah kita nak kata kita tak boleh bercinta. Sape yang tak nak bercinta dalam kehidupan kita. Jika tidak, tak akan lah ada berstatus yang hebat-hebat di FB tue, i'm in relationship with......., saya sudah berpunya, im single but available kan....Namun cinta juga boleh menyebabkan kita sesat jika kita tidak menjaganya dengan baik.

Satu penyelesaian untuk aku menyebut tentang cinta nie terjawab pada hari jumaat, hari yang mulia nie. Tiga ciri-ciri orang yang hebat bercinta.

1. Cinta tak perlu SMS.
2. Cinta tak perlu berjumpa.
3. Cinta tak perlu mengungkapkan kata-kata manis.

Jika kita dapat lakukan perkara ini cinta kita kuat. Nie lebih kearah cinta Islamik sebenarnya. Tak semua orang boleh buat, tapi jika kita boleh buat kita hebat. Cinta juga bukan semata-mata untuk cinta emosi dan perasaan diri kita. Cinta yang kekal ialah cinta dengan Allah kerana cinta dengannya adalah cinta yang selama-lamanya.

Satu situasi untuk melihat seseorang ialah lihat kepada layanan kepada ibu bapa dan adik beradiknya. Ini daripada ceramah yang aku dengar malam tadi. Menurut ustaz tue jika kita nak tahu seseorang tue jujur lihat lah bagaimana seseorang tue berbakti kepada keluarganya dahulu. Kerana satu hari nanti kita sendiri akan berkeluarga.

Nak disimpulkan, dunia sekarang memang banyak benda yang kita tak dapat fikir dengan sebijaknya. Walhal benda simple jer, tapi sebab perasaan kita lupa dengan pencipta kita. Satu kata-kata yang bermanfaat yang nak dikogsikan disini, "bercintalah dengan ada rasa tujuan dan tanggunjawab". Jika dalam cinta tue tak ada tinggalkan jer sebab tue semua buang masa diri sendiri. Kalau ada jodoh tak akan lari kemana. So entry kali nie just nak share apa yang baik untuk dibaca dan diamalkan. SO "Renung-renugkanlah dan selamat beramal kawan-kawan".



Back to Top