0

Bila Bercerita Tentang Cinta

Lama tak update blog nie, terasa bagaikan hilang arah tujuan blog aku nie. Alhamdulilah hari nie dapat juga aku menulis apa yang terdetik hati nie nak diluahkannya. Hari ini kehidupan kembali normal kerana terlepas sudah tanggunjawab sebagai ketua kumpulan untuk research yang mencabar kehidupan sebagai salah seorang mahasiswa. Nice, satu pengalaman yang mencabar kerana berbagai cabaran dihadapi, sehingga tak tidur untuk beberapa hari dalam seminggu dalam tiga bulan. Satu kenangan manis yang akan diingati sampai bila-bila.

Namun nak diceritakan, hari ini aku dapat satu cahaya jalan yang selama nie merungsingkan minda aku yang berjiwa kacau nie. Semuanya sebab Cinta. Cinta, bila kita bercerita tentang cinta, kita tak boleh menipu cerita ini. Sebab cinta tue dekat dengan diri kita. Cinta tue suci dan perasaan tue kita tak boleh kata tak nak. Tapi sebenarnya kita boleh kawal. Insyaallah dengan izinnya juga. Bukanlah kita nak kata kita tak boleh bercinta. Sape yang tak nak bercinta dalam kehidupan kita. Jika tidak, tak akan lah ada berstatus yang hebat-hebat di FB tue, i'm in relationship with......., saya sudah berpunya, im single but available kan....Namun cinta juga boleh menyebabkan kita sesat jika kita tidak menjaganya dengan baik.

Satu penyelesaian untuk aku menyebut tentang cinta nie terjawab pada hari jumaat, hari yang mulia nie. Tiga ciri-ciri orang yang hebat bercinta.

1. Cinta tak perlu SMS.
2. Cinta tak perlu berjumpa.
3. Cinta tak perlu mengungkapkan kata-kata manis.

Jika kita dapat lakukan perkara ini cinta kita kuat. Nie lebih kearah cinta Islamik sebenarnya. Tak semua orang boleh buat, tapi jika kita boleh buat kita hebat. Cinta juga bukan semata-mata untuk cinta emosi dan perasaan diri kita. Cinta yang kekal ialah cinta dengan Allah kerana cinta dengannya adalah cinta yang selama-lamanya.

Satu situasi untuk melihat seseorang ialah lihat kepada layanan kepada ibu bapa dan adik beradiknya. Ini daripada ceramah yang aku dengar malam tadi. Menurut ustaz tue jika kita nak tahu seseorang tue jujur lihat lah bagaimana seseorang tue berbakti kepada keluarganya dahulu. Kerana satu hari nanti kita sendiri akan berkeluarga.

Nak disimpulkan, dunia sekarang memang banyak benda yang kita tak dapat fikir dengan sebijaknya. Walhal benda simple jer, tapi sebab perasaan kita lupa dengan pencipta kita. Satu kata-kata yang bermanfaat yang nak dikogsikan disini, "bercintalah dengan ada rasa tujuan dan tanggunjawab". Jika dalam cinta tue tak ada tinggalkan jer sebab tue semua buang masa diri sendiri. Kalau ada jodoh tak akan lari kemana. So entry kali nie just nak share apa yang baik untuk dibaca dan diamalkan. SO "Renung-renugkanlah dan selamat beramal kawan-kawan".

0 comments:

Post a Comment

Takkan baca jer kot...

Back to Top