0

Shuib peluk Dafi..Feeling puyer,,,

Malu beryaye..
tak talu jalan wo..
Tersesat jalan..
tak taye adoy..nye...

Salam...banyak cerita nak diceritakan dalam satu blog, soly la banyak sangat kerja menanti, itu pasal tala sempat tulis blog yang tak sodap nie, nape tak sodap, sebab asam pedas mak aku buat lagi sodap wo. Salam satu Malaysia ku ucapkan. Alhamdulilah Malaysia semakin makmur dan success dengan perkembangan teknologi. Paling best dunia hiburan semakin berkembang. Nak dipendekkan cerita baru-baru nie kumpulan lawak favourite aku telah memenangi Juara Maharaja Lawak Musim pertama. Kumpulan apa adoi..nye...Kumpulan sepah. Sepah Ada baik punyer cam dafi. Makin hari makin berapi macam komen mamat khalid terhadap kumpulan sepah semasa final arie tue.

Sepah juara. Paling best ketiga-tiga dari kiri Jepp, Shuib, Mamat anak Johor sejati wo. Aku bangga la anak Johor mampu memeriahkan industri hiburan dengan kejayaan menggondol tempat pertama dan wang sebanyak RM 350 K wo...adoy..yer manyak wo...

Tapi babak yang tak boleh belah aku gelak sampai terguling-guling since kat atas nie. Cuba tegok shuib peluk dafi puyer feel wo. Mana taknyer dari minggu pertama sampai final duk sebut nama dafi. Akhirnye kuar ko dafi. Baik puyer...cam dafi....Mungkin tuah nama dafi juga pendorong sepah muncul juara.

Perkara kedua Malaysia lawan Taiwan dalam kelayakan piala dunia 2014 Zon Asia...

Tarikh: 29 Jun 2011 (Rabu)
Tempat : Stadium Nasional Bukit Jalil

Jom mari kita sama-sama menyemarakkan semangat kesukanan kita demi bola sepak tanah air kita. Mai kita support pasukan kita tak kira dirumah, di stadium atau dimana-mana sahaja. Jangan lupa tegok nyer..

Perkara ketiga pula Ialah UFO beramah mesra di london..Cam gempak...Korang tegok sendiri video nie...

Thankz 4 wathcing yar....salamat Membaca Adoy..yer....

5 top ijazah mendapat peluang pekerjaan yang tinggi 2011

Sedikit informasi aku dapat untuk korang. Mungkin sesiapa yang terbaca entry ini dapat memberi sedikit informasi tentang pilihan kos yang sesuai untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang cerah. Pelajaran amat penting untuk masa depan. Namun apa-apa kos yang kita ambil tidak jadi masalah selagi kita mampu mengambilnya sebagai cabaran. Dimana ada kemahuan di situ ada jalan.



(5) Pengurusan perniagaan- Mungkin disebabkan oleh kefleksibelitian bidang ini membuatkannya termasuk di dalam ijazah yang mendapat permintaan tinggi. Anda boleh bekerja di bank, organisasi swasta atau kerajaan dan sebagainya. Skop pembelajarannya yang luas seperti kewangan, komunikasi, pemasaran, atau e-dagang merupakan salah satu kelebihan utama dalam bidang ini. Selain daripada itu, ia juga turut membantu anda untuk menjadi seorang usahawan tanpa bergantung pada mana-mana pihak.
(4) Komputer Sains- Disebabkan oleh pembangunan teknologi yang terlalu pesat pada waktu ini, membuatkan bidang komputer sains turut mengalami perubahan terhadap keperluan pekerja yang tinggi. Sekiranya diperhatikan, boleh dikatakan keseluruhan industri perniagaan pada abad 21 akan melibatkan bidang kemahiran komputer didalam perniagaan mereka. Bidang ini juga dijangkakan akan terus berkembang dari semasa ke semasa.
(3) Kujuruteraan- Bidang ini terus kekal didalam senarai yang mendapat permintaan tinggi adalah kerana penggunaan mesin untuk melakukan pekerjaan akan terus berkembang dari semasa ke semasa. Ia juga boleh dikatakan sama seperti bidang komputer tetapi ia melibatkan pengendalian peralatan yang lebih kompleks.
(2) Kewangan- Pengurusan kewangan yang baik adalah amat penting untuk sesebuah organisasi mengekalkan tempat, atau memperluaskan lagi pengaruh mereka didalam sesuatu industri. Tidak hairanlah sekiranya sesuatu organisasi itu sanggup mengambil pekerja yang ramai untuk memastikan kelancaran kewangan mereka. Mengetahui terhadap pasaran semasa juga amat penting dalam membantu melakukan perancangan pada masa akan datang.
(1)  Akaun- Adakah anda pernah tertanya-tanya mengapakah sesebuah organisasi sanggup membayar dengan jumlah yang banyak terhadap akauntan yang berkelayakanan. Bukan itu sahaja, sebahagian besar organisasi akan mengambil jumlah pekerja yang ramai untuk menjaga akaun mereka. Ia menunjukkan batapa pentingnya untuk sesebuah organisasi itu mengetahui aliran kewangan yang berlaku secara harian, bulanan, atau tahunan. Sekiranya mereka tidak mengetahui kemana wang telah disalurkan, pasti akan berlaku pembaziran yang akan menyebabkan kerugian. Seperti yang anda tahu, tujuan utama sesuatu organisasi itu ditubuhkan adalah untuk mengaut keuntungan.
Sekiranya diperhatikan 3 daripada 5 bidang yang mendapat permintaan tinggi adalah didalam bidang pengurusan. Ia menunjukkan betapa pentingnya pengurusan untuk membantu kemajuan sesuatu organisasi itu. Pasti anda berasa pelik mengapa bidang doktor tidak termasuk di dalam senarai ini, ini adalah kerana bidang doktor adalah bidang yang kritikal dan bukannya bidang yang mendapat permintaan tinggi. Apabila sudah memenuhi jumlah doktor yang diinginkan, pengambilan akan dibekukan kerana pertumbuhan institusi kesihatan tidak sama dengan industri yang lain.
0

Nama manja ayahku kuciptakkan??

Assalamualaikum. First of all entry kali ini aku ucapkan Selamat Hari Bapa kuucapkkan kepada seluruh bapa-bapa di malaysia. Bila sebut tentang bapa, apa hadiah korang untuk bapa korang. Mesti ada yang bagi hadiah yang istimewa untuk bapa korang, betul x? So bapa, Sape bapa pada korang? Dan paling interesting aku nak taw selama korang hidup dengan bapa, korang panggil nama diorang apa?

Aku macam biasa hadiah untuk bapa aku yang aku sanjungi mestilah ada, hadiah apa special punyer? Bak kata Dafi baik punyer....Nak taw, apa tak, rahsia lorh? tak suprise la kan kalo bagi taw. Nama pon rahsia mana ley bagi taw. Pape pon hadiah sebenarnya tak penting. Tapi erti penghargaan kita terhadap bapa kita lagi penting.So apa yang penting kita harus lakukan untuk menghargai bapa kita. Jom ikuti temu ramah aku bersama papa rock malaysia Faizal Tahir...hehehhe....(just imagine la dapat jumpa Faizal Tahir kononnyer...


Wartawan palin ngetop kat Malaysia bersama Faizal Tahir...Aku pangil Faizal bro je, biasalah Faizal ngan aku dulu kecik-kecik main congkak sama-sama. So tak ada hal la panggil bor jer.


Fad: Wassup bro, lama tak dengar cerita, cuba ko citer cikit perkembangan ko sekarang nie.
Faizal: Eh, eh ko nie tepanjat boboi..Kalo taknyer bagi la salam dulu, nie tak menyempat aku nak minum.
Fad: Alamakss sori bro aku excited jumpa member lama nie. So arie nie hari bapa kan apa keistimewaan ko tentang hari bapa nie, ko kan dah kawin.
Faizal: Keistimewaan hari bapa mestilah best dapat hadiah dari anak aku. Tapi lagi best kalo anak tue dengar cakap aku, tue dah cukup bagus la. 
Fad: Nak pendekkan cerita, ley aku malas taip nie, cuba ko cerita apa anak harus buat untuk menghargai bapa diorang.
Faizal: Senang je bro aku bagi tips larh...

1.Kita mestilah sentiasa hormat bapa kita.
2.Mestilah patuh dan dengar cakap bapa kita.
3.Sentiasa menjadi anak soleh.
4. Sentiasa mendoakan kesejahteraan bapa kita semasa membaca doa.
5. Menjaga maruah keluarga kita.


Fad: Bagusnya kalo dapat anak macam tue. Aku pon nak jadi macam tue la bro.
Faizal: Aku nak taw gak apa ko panggil nama bapa ko?
Fad: Aku panggil nama bapa aku, mestilah la sehensem bapa aku. Mana tak tumpahnyer nasi ke dalam pinggan. Like father like son la.
Faizal: Hahaha..okie la bro aku nak pi nyanyi nie jumpa lagi.
Fad: Okie bro... Nak tuju lagu boleh....Khas untuk abi aku..

Jom layan

 

Selamat Hari bapa ku ucappkan..thankz 4 watching.....
0

Cerita Sang Juara...Taniah!!!

Siapa hebat dia menang. Kemenangan membuktikkan pengorbanan seseorang untuk menerima hasil kejayaan. Kejayaan memberi satu kenangan yang manis yang dapat menjadi sejarah yang bakal dikenang dalam diari hidup kita. Lebih bermakna setiap kejayaan yang kita lakukan menjadi sejarah. Entry kali ini aku berikan sekalung taniah buat Hazama yang telah memenangi Juara Akademik Fantasia ke-9 dan yang terakhir yang ditutup secara rasmi oleh ketua pengajar AF9 Amy search. Jeritan pewitt, manandakan berakhirnya cerita Hazama menjadi juara.


Peresembahan kosisten membolehkan Hazama mendapat undian tertinggi dan juga markah yang baik oleh juri tetap oleh OJY dan Hattan. Singgle terbaru oleh Hazama memang best iaitu Cinta Teragung. So sekarang korang boleh layan video clip dye memang best.


Keputusan penuh tempat pertama Hazama, kedua Lena, ketiga Fina, keempat Azri. Korang boleh layan single terbaru dari diorang semua.

Terengganu wins 2-1 with Kelantan.

Cerita kedua pula ialah kemenangan terenganu menjulang piala Fa tertua di Malaysia. Kemenangan Terengganu keatas Kelantan membuktikkan bahawa kuasa pantai timur masih boleh dicabar walaupun barisan Datuk M. Karathu lebih banyak pengalaman berbanding barisan pemain oleh kendalian Irfan Bakti. Jaringan lewat Daudsu Jamaluddin mengubah keputusan perlawanan yang memberikan peluang Terengganu menambah gol pada masa tambahan. Jaringan pemusnah oleh pemain Terengganu yang menurunkan kebanyakkan pemain simpanan yang masih cetek pada perlawanan akhir yang penting membuktikkan mereka layak bergelar juara. Ketangkasan Khairul Fahmi Che Mat juga tidak terdaya untuk memberi laluan kepada Terengganu menjulang Piala FA terakhir sebelum ditukar kepada piala baru musim depan.

 Video Terengganu wins...MOH saksikan...

Taniah kepada Sang Juara. Diharap dapat kekalkan momentom kejuaran. Adat pertandingan. Yang menang akan bersorak, manakala yang kalah akan pulang hampa. Namun setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya.  Sekian Wasalam...
0

Teknologi vs tradisional..Mana lagi best???

Macam biasa entry baru pepatah pon baru lah, kali ini aku nak cungkil sikit pasal teknologi yang kita agung-agungkan masa kini. Kalo entry lama aku pernah tulis. rindunye nak main permainan tradisional bersama-sama teman masa kecil. Tapi masa kini aku rasa ramai lebih gemar kepada permainan teknologi. Pepatah pon ada mengatakan yang lama dikelek, yang baharu didukung.So aku rasa zaman pon dah berubah seiring dunia yang serba canggih masa kini.

Okie sebut pasay permainan teknologi masa kini korang suka main apa? Adakah korang suka main PS, PSP, XBOX,Game Komputer, MP3 apa lagi. Macam-macam permainan yang serba canggih masa kini yang kita boleh didapati di kedai-kedai gadjet. Kalo dulu kita boring duduk rumah, tetapi masa kini kalo duk umah pon aku rasa tak boring babnye permainan-permainan nie seperti bak cendawan tumbuh dalah hujan.Tapi pernahkah kita terfikir apa kesannya kepada kehidupan kita apbila kita lalai dengan semua nie.





So musim cuti nie mang best dapat menghabiskan masa dengan gadget-gatget nie. Nie lah masa yang agak sesuai lah. Yelah aku sebagai student kalo dah masuk sem baru mang tak dapot ler nak main benda-benda kejadah nie. Lagi-lagi bila asigment mencurah-curah macam air paip kat toilet.

Pape pon permainan tradisional jang dilupakan Adat lama harus diingatti juga. Misalnya masa nie lah aku nak ajar adik-adik aku mengenang kembali permainan lama seperti congkak, tinting, gasing. Korang ada. SO pepatah seperti tak lapuk dek hujan, tak lekang di panas. Maksudnya kita haruslah menjaga adat yang lama supaya kekal dan terus utuh dari zaman yang serba canggih masa ini.

Nak dipendekkan cerita sebenarnyar aku sekarang tengah usya-usya nak cari sesuatu yang baru yang tak pernah aku miliki. Aku pon alhamdulilah, musim cuti nie dapat la kumpul wet sikit tuk support nak beli benda nie. So harap-harap impian aku termakbul. Nak taw binatang apa tue jeng-jeng...


Harganya gak mahal la, tapi insyaallah kalo kumpul cikit-cikit, lama-lama jadi bukit kan. Amin. Salam...Satu Malaysia..
0

Kerja, Study, Kawin,,,Mana satu Nak pilih nie???

Peribahasa melayu mengatakan orang tamak selalu rugi. Tapi aku blurr la bila orang taye kat aku antara Kerja, Study, Kawin, mana satu aku nak pilih. So kamu yang menanyakan soalan senget nie kadang-kadang mengelirukan aku. Biar aku perhalusi satu persatu mengikut penunjuk bestari.



Firstly, Kalo aku pilih kerja tak mustahil. Kerana orang kata bukan aku kata ea kerja nie satu punca rezeki kan tak salah kalo kita keja dulu. Tapi bila aku jumpa member time sekolah rendah dulu sades aku dengar nyer. Korang nak taw jom hayati dialog aku dan rakan lama aku.

Di suatu petang bersebelahan kauter tempat kerja aku Brand Adidas, Tepat pukul 4.30PM, time tue aku baru nak kuar rehat kira-kira setengah jam lagi jam pon berdetik...tik..tok...tik..tok...

Faiz zaidon: Wei fadzli sombong ar ko, cam tak nampak aku je kat depan mata ko.
Fad: Eh, Faiz ko kenal aku lagi ke alamak sory der aku igatkan ko dah tak kenal aku, tue aku pura-pura tak nampak hahaha, lagipon ko bukan kecik mana pon kan. So kau tegur aku, aku nampak la wei. Ko wat per sekarang?
Faiz zaidon: Aku kerja kat pasar argh sekarang. Boleh la cari makan tuk masa sekarang. Lagipon aku nie bodoh mana la layak kerja yang elok-elok nie. Walaupun kotor tapi gaji atas 1 K argh. yelah umur dah 21 tahun sampai bila aku nak kerja gaji bawah RM 800.
Fad: Owh yeke, aku igat ko keja kat tempat lama tue. Yelah ko pon.. nape tak nak sambung belajar cam member-member kita yang lain masa sekolah rendah dulu.
Faiz zaidon: Aku nie tak pandai cam korang so aku rasa better lebih baik aku kerja. Sekurang-kurangnyer aku dapat duit daripada aku duduk mengangkang dekat umah. Lagipon aku tak minat nak sambung belajar argh.
Fad: Ok la iz, ko pon dah besar panjang so ko choice la mana lebih penting dalam hidup ko. Sok kawin jangan lupa jemput aku.
Faiz zaidon: Ko kawin je ingat ea mengatal je ko kat sini tettttt....
Fad: SHhhhhh......Gosip derr.....

Hem So aku guna mesin peninmbang balik kerja sementara tak apa la, but kalo nak kerja terus, pastu gaji bawah RM8OO.. berbaloi ke? Sampai tua. Bak kata sepah makan pasir la anak binik ko nanti ahakz. 



Tapi sebenarnyer study tue penting, igat tak pesan mak bapak kita belajar rajin-rajin, bila besar nanti jadi doktor ke cikgu ke ataupun peguam suatu hari nanti tak mustahil. Belajar tinggi-tinggi sampai ke menara gading. Pada aku kalo kita pilih study pon ada baiknyer. Kenapa? Sebabnyer masa muda nie la kita nak study. Otak masih fresh, tak banyak tanggungan. Walaupun aku belum kawin tapi kita kan ada mata, kita boleh lihat macam mana mak bapak kita susah payah nak jaga anak-anak. So bila dah kerja, susah nak divide masa tuk study. So study nie menjamin masa hadapan kita. Orang yang berilmu nie lebih luas pengetahuan.



Kawin pulak. Alahai nie yang aku bengang. Sape tak nak kawin wei. Lagi-lagi kalo bagi kawin free kompom aku angkat kaki wei. hahaha. So kawin tue sebenarnyer tak jadi masalah kat kita nie. Kalo kawin tapi tak ada ilmu, tak ada duit, tak ada kerja korang nak ke? Mak joyah pon tak nak taw. Harap muka lawa, tapi apa pon tak boleh. So aku nak kawin tapi kena lah cari calon dulu. So sebelum kerja, study la dulu, masa study, time tue la nak cari calon isteri. Har nie namanyer pakej berganda. Abis study kerja. Masa kerja kumpul duit nak kawin. Dah cukup naik pelamin la. Tapi sebelum naik pelamin mentilah amek air sembahyang. AIkk air sembahyang kenapa?? Yelah akad nikah la dulu, hehehe....





2

Kenapa Saya suka Kamu?

Aku pon hairan biler feeling kat tempat kerja tue, tengok la gaya pompuan-pompuan zaman sekarang nie. Amboi melaram nyer dengan tudung-tudung ala-ala yuna ada, Gaya Arab Pon ada, gaya ultramen pon ada, OPsss, terlepas. Yelah duk tunggu customer datang tue mula la mengumpat dengan mak cik- makcik Joyah tue, bukan apa realiti nak diceritakan. Senang cerita aku bagi hints la, tepuk dada taye selera. Kalo dah melaram sakan tue ada selera ke? Nie aku bukan cerita gebang yelah mana taknyer, masakan pokok boleh bergoyang kalo tak digoncangnyer taknyer.



 Cerita sang semut dengan pengeran penjaja seluar pon bermula.

Sang semut: Assalamualikum, duk temenung tue hang pikiak apo? Har teringat kat awek diaer la tue.
Pangeran: Waalaikumsalam, eh sape yang cakap nie. Tak ada orang pon. Aikk ko semut. Ko boleh cakap la, siap bagi salam lagi per, so sweattt la. Tak ada la semut aku nie bengang tegok pompuan zaman sekarang tak senonoh.
Sang semut: Sabor narr, hidup nie sekali je, so kalo nak jahat biar jahat terus, kalo nak baik tue baik terus. Kan ada pepatah melayu mengatakan buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Lagi satu kan melayu cepat lupa. Apa ko nak kisah??
Pangeran: Ko taw apa semut, pepatah-papatah melayu sekarang dah tak berguna dah sekarang nie. Aku pon polik berbonar, Masa kecik-kecik mak bapak diorang tak ajar ke apa itu tatasusila dalam berpakaian. Kita nie orang islam tapi nama je islam, gaya macam kapir laknat.
Sang semut: Yelah aku pon tegok jugak pompuan dan laki zaman sekarang nie pelik la fesyen sekarang nie nasib lah kaum kami tak pakai baju.
Pangeran: Hahaha, kalo semut pakai baju, so cute kotttt. Pape pon semut aku nie sekadar mengigatkan sesama manusia. Bukan lah nak mengutuk atau apa. Tapi Ukur baju dekat badan sendiri lah. Bergaya tue tak salah asalkan kena dengan tempatnyer betul tak semut.
Sang semut: Betul Bro..

3 perkara kenapa i suka u??

Pertama: Kamu seorang yang simple, bila bergaya tue pada aku kamu bagaikan perempuan melayu terakhir la. Bersederhana dalam pakaian yang penting pakai tudung bab tue i suka u?

Kedua: Har kamu pandai masak, kamu masak mesti sedap. Tak rasa pon i dah taw wawawa. Janji pandai masak dah cukup baik.

Ketiga: Kamu cute di mata saya kerana kamu tak sombong, kamu peramah, lagi-lagi dengan orang yang lebih tua.

Walaupun saya suka kamu tapi suka saya kepada kamu sebagai kawan.



0

SETIAP PATAH PERKATAAN PAPAR PERIBADI INDIVIDU






TUTUR kata yang dikeluarkan seseorang dapat mengukur sejauh mana kemahiran, pengetahuan, buah fikiran, sopan santun, budi pekerti, pemarah, kasar, sombong atau kerendahan hatinya. Oleh itu, sewajarnya setiap insan memelihara lidah dan berbicara menurut pertimbangan akal waras.

Dalam kehidupan kita seharian, wadah pergaulan yang digunakan dapat dibahagikan kepada beberapa keadaan iaitu melalui perbualan, penulisan atau perdebatan. Sebagai manusia, kita mempunyai hak menyuarakan pendapat sama ada dalam percakapan, penulisan atau perdebatan.
Walau bagaimanapun, ia mestilah tidak menimbulkan rasa marah, tidak puas hati, saling menyalahkan, menghina, memaki hamun, mencaci, mengeluarkan kata-kata kotor, mengutuk, menyumpah, mengaibkan hingga menyinggung perasaan orang lain. Ini boleh merenggangkan hubungan silaturahim, menimbulkan rasa marah, rasa benci, permusuhan dan jika keterlaluan mungkin menimbulkan kekacauan serta perbalahan.

Bijak bestari pernah berpesan, ‘berfikir itu pelita hati.’ Pepatah Melayu pula mengatakan, ‘kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.’ Jika direnung, kedua-duanya memberikan pengertian mendalam untuk kita jadikan panduan supaya sentiasa menjaga kesopanan dalam percakapan seharian.

Oleh itu, bagi mengelak berlakunya sebarang perselisihan dan suasana tidak menyenangkan maka kita perlu berwaspada dan berhati-hati sebelum berkata. Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW banyak mengingatkan kita supaya menjaga tutur kata.

Firman Allah yang bermaksud: “Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah membuat contoh ucapan yang baik (mengajak berbuat baik, menjauhi perbuatan salah) seperti sebatang pohon yang baik (subur) akar kuat (terjunam ke dalam tanah) dan cabangnya (menjulang tinggi) ke langit. Pohon itu berbuah terus dengan izin tuhannya. Allah menjadikan contoh itu untuk manusia supaya mereka ingat selalu. Dan contoh perkataan yang buruk (seperti memfitnah, berdusta, mengajak berbuat mungkar dan lain-lain) seperti pohon yang busuk (mati) yang tercabut akar-akarnya dari permukaan bumi tidak tegak berdiri lagi.” (Surah Ibrahim, ayat 24-26)
Firman Allah lagi yang bermaksud: “Dan orang yang menyakiti orang mukmin, lelaki atau perempuan, tanpa adanya sesuatu yang mereka lakukan, maka orang yang menyakiti itu menanggung kebohongan dan dosa yang nyata.” (Surah al-Ahzab, ayat 58)

Daripada Abu Zar, ia mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Tidakkah seorang melemparkan kefasikan atau kekufuran kepada orang lain, melainkan akan kembalilah kefasikan atau kekufuran itu pada dirinya sendiri, jikalau yang dikatakan sedemikian itu bukan yang memiliki sifat itu.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Janganlah banyak bicara, jika tidak mengenai zikir Allah, maka sesungguhnya banyak bicara tanpa zikir Allah itu menjadikan hati pembicaranya kesat. Sesungguhnya orang yang paling jauh dari Allah pada hari Kiamat ialah orang yang kesat hati.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Daripada Abu Darda’, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya bila ada seseorang mengutuk sesuatu maka kutukan itu naik ke langit tetapi pintu langit itu ditutup tidak mahu menerima kutukan. Kemudian kutukan itu turun ke bumi tetapi pintu bumi itu ditutup tidak mahu menerima kutukan, kemudian kutukan itu lari ke kanan dan ke kiri; apabila kutukan itu tidak mendapat tempat maka ia mencari orang yang dikutuknya, apabila orang itu patut mendapat kutukan maka ia kembali kepada orang yang mengucapkan kutukan itu.” (Hadis riwayat Abu Daud)
0

Belia oh belia,,,Putarbelit keadaan....Mampukah mengatasinyer!!!

Belia oh belia. Belia yang baik sememangnye menjadi tiang kepada pembangunan insaniah remaja. Kenapa gejala sosial makin banyak masa kini? Persoalan nyer adalah sampai bila Putarbelit keadaan terus wujud dalam muka bumi ini? Why i say like that? Yelah manusia sekarang nie pelik berbonar, bila kita kata tak boleh, seboleh-boleh benda tue yang dye nak. Bila serius, dibawaknyer bergurau. Orang kata sediakan payung sebelum hujan. Tapi bila payung dah disediakan bagai menatang emas yang penuh pon dye orang kata apa, kami jiwa rempit tak main lah payung-payung nie kalo hujan, tak rock la. Bukan apa belia nie takut, takut dapat status title mat jambu, tak maco ders. So mereka nie lebih gemar berbasah ketika hujan, bila dah sakit mula la menyusahkan mak bapak ibaratnyer la.

Kenapa aku kata putar belit cer tengok gambar di bawah nie,,,



Belia benci dadah, iklan nie selalu kita tegok kat televisyen, mahupun kita dengar kat radio. So belia benci dadah maksudyer apa disarankan oleh kerajaan supaya belia-belia menjauhi dadah, dan lebih tepat lagi ialah benci akan dadah. Namun begitu, si putar belit memberi maksud yang berbeza dengan realiti usaha kerajaan membasmi dadah musuh utama negara. Si kaki belit pula mengatakan slogan nie kata belia benci dadah kan, kami orang tua so, orang tua tak benci dadah, belia je, so orang tua boleh isap dadah la, kami kan golongan tua. Dan, dan la nak ngaku tua walhal usia baru pas umur remaja. Ini dikatakan orang malaysia di buat serius, dibawaknyer bergurau.

Seterusnyer,


Nie logo tak nak merokok maksudnyer la. Tapi si kaki belit kata pulak memang la tak nak rokok nie ders, rokok nie bengkok, kami isap rokok orie puyer, tak main la rokok bengkok-bengkok nie. Har sekali dengar memang la betol nampak rokok tue bengkok. Tapi ders waa nak betulkan ayat lu la, rokok bengkok tue bermaksud rokok kalo bole satu malaysia nie nak dibengkokkan biar korang tak dapat isap. Tapi kerajaan masih prihatin, kerajaan sediakan logo je dan membengkokkan rokok tue mengatakan kalo jumpa rokok tue musnahkannyer la. Bukan kejam ayat nie ders tapi nie adalah satu peringatan. Kepada kaki belit tersebut renung-renungkanlah yer.

Ini adalah satu nasihat dan dorongan kepada kita sebagai belia yang berwawasan.


Baru-baru nie sambutan hari belia di putrajaya memberi inpirasi untuk aku membuat entry nie. Akhir kata nasihat yang baik tue berguna untuk kita memperbaiki kelemahan yang ada dalam diri kita sebagai manusia, Kita tidak sempurna tetapi kita boleh menjadi insan yang mempunyai kesepurnaan akal fikiran mahupun fizikal. So aku akhiri dengan slogan BELIA BERWAWASAN PENGGERAK KEJAYAAN.
0

Kahwin oh..kawin...Coming Soon...Dia datang lagi dah!!!!

Ceritaaaa pasal kawin, aku memang tak puas hati, bukan apa, mana taknyer dialog nie pedih je telinga mendegornye. Dialog nie masa kat tempat kerja, meriah la bila jumpa kawan lama dah hampir dua tahun setengah tak jumpa, ase-ase pas spm tue lahhh aq last jumpa dye. Dialog pon bermula:

Pada waktu pagi jam aku menunjukkan pukul 11.30 pagi, tapi jam punchcard kat tempat kerja aku pukul 11.35 pagi, so waktu kami berbeza nak diceritakan la.

Mahirah: Hoi fadli, la ko keja sini upanyer, bukan ko belajar lagi ke?
Fadli: Eh, sape ko, oh Mahirah hahaha ko upanyer aku igat aweks mana tadi datang usyah aku.
Mahirah: Perasan muka ko.
Fadli: Biselah fad gitu. Wei datang sini nak beli seluarkan, har aku promote diskaun puyer less 50%. Barang baru baik puya.
Mahirah: Yelah datang sini nak beli seluar la tak kan nak bukak kilang kek hahaha. Har wei nie aku datang dengan nora. Nora dah nak kawin.
Fadli: Pergh kawin lorh masuk nie member kita yang ketiga dah kawin umur sebaya kita. Tergugat beb, iman nie wei, nasib aku belum berpunya kalo tak sungai golok menjadi saksi. hahaha..
Nora: Hai fadli jemputlah datang 2.7.2011 nie, kenduri makan-makan.
Fadli: Yelah makan-makan sambil suap-suap, fuyoh dah gatal ko ea, alahamdulilah, sok setahun lagi jumpa dah ada anak plak kan.Opss...
Nora: Hahahah..anak, alamak no komen.
Mahirah: Har aku dah try jadi amek, kawan-kawan diskaun lebih la.
Fadli: Boleh, tunggu bapak aku jadi bos kat sini, nak amek free pon boleh, hahah, ok thankz datang lagi.
Nora: Jangan lupa jemput kawan-kawan lain ea. Ko jangan tak datang. Okie bye-bye.




 So sebenarnyer aku nie jelaz la, kan apa lagi. Pape pon nie yang ketiga lepas nie sape tak taw. Sapelah bakal pengantin lepas nie. Kepada rakan lain diharap dapat hadir ke majlis perkahwinan kawan kita nie. Sok lusa kita plak.Kepada yang mempunyai kelapangan masa datang la support member kita biarlah hari tue hari yang penuh ceria.. So nak tuju lagu untuk nora dengar lagu nie from Bruno Mars Marry You. Baru feel nak kawin ders. Wasalam.

Marry you- Bruno Mars





Back to Top