5 top ijazah mendapat peluang pekerjaan yang tinggi 2011

Sedikit informasi aku dapat untuk korang. Mungkin sesiapa yang terbaca entry ini dapat memberi sedikit informasi tentang pilihan kos yang sesuai untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang cerah. Pelajaran amat penting untuk masa depan. Namun apa-apa kos yang kita ambil tidak jadi masalah selagi kita mampu mengambilnya sebagai cabaran. Dimana ada kemahuan di situ ada jalan.



(5) Pengurusan perniagaan- Mungkin disebabkan oleh kefleksibelitian bidang ini membuatkannya termasuk di dalam ijazah yang mendapat permintaan tinggi. Anda boleh bekerja di bank, organisasi swasta atau kerajaan dan sebagainya. Skop pembelajarannya yang luas seperti kewangan, komunikasi, pemasaran, atau e-dagang merupakan salah satu kelebihan utama dalam bidang ini. Selain daripada itu, ia juga turut membantu anda untuk menjadi seorang usahawan tanpa bergantung pada mana-mana pihak.
(4) Komputer Sains- Disebabkan oleh pembangunan teknologi yang terlalu pesat pada waktu ini, membuatkan bidang komputer sains turut mengalami perubahan terhadap keperluan pekerja yang tinggi. Sekiranya diperhatikan, boleh dikatakan keseluruhan industri perniagaan pada abad 21 akan melibatkan bidang kemahiran komputer didalam perniagaan mereka. Bidang ini juga dijangkakan akan terus berkembang dari semasa ke semasa.
(3) Kujuruteraan- Bidang ini terus kekal didalam senarai yang mendapat permintaan tinggi adalah kerana penggunaan mesin untuk melakukan pekerjaan akan terus berkembang dari semasa ke semasa. Ia juga boleh dikatakan sama seperti bidang komputer tetapi ia melibatkan pengendalian peralatan yang lebih kompleks.
(2) Kewangan- Pengurusan kewangan yang baik adalah amat penting untuk sesebuah organisasi mengekalkan tempat, atau memperluaskan lagi pengaruh mereka didalam sesuatu industri. Tidak hairanlah sekiranya sesuatu organisasi itu sanggup mengambil pekerja yang ramai untuk memastikan kelancaran kewangan mereka. Mengetahui terhadap pasaran semasa juga amat penting dalam membantu melakukan perancangan pada masa akan datang.
(1)  Akaun- Adakah anda pernah tertanya-tanya mengapakah sesebuah organisasi sanggup membayar dengan jumlah yang banyak terhadap akauntan yang berkelayakanan. Bukan itu sahaja, sebahagian besar organisasi akan mengambil jumlah pekerja yang ramai untuk menjaga akaun mereka. Ia menunjukkan batapa pentingnya untuk sesebuah organisasi itu mengetahui aliran kewangan yang berlaku secara harian, bulanan, atau tahunan. Sekiranya mereka tidak mengetahui kemana wang telah disalurkan, pasti akan berlaku pembaziran yang akan menyebabkan kerugian. Seperti yang anda tahu, tujuan utama sesuatu organisasi itu ditubuhkan adalah untuk mengaut keuntungan.
Sekiranya diperhatikan 3 daripada 5 bidang yang mendapat permintaan tinggi adalah didalam bidang pengurusan. Ia menunjukkan betapa pentingnya pengurusan untuk membantu kemajuan sesuatu organisasi itu. Pasti anda berasa pelik mengapa bidang doktor tidak termasuk di dalam senarai ini, ini adalah kerana bidang doktor adalah bidang yang kritikal dan bukannya bidang yang mendapat permintaan tinggi. Apabila sudah memenuhi jumlah doktor yang diinginkan, pengambilan akan dibekukan kerana pertumbuhan institusi kesihatan tidak sama dengan industri yang lain.

1 comments:

Adam said...

kos kte xde ye?? ohhh...sush la nk dpt kje ye? k. aku phm.

Post a Comment

Takkan baca jer kot...

Back to Top