TSUNAMI DI JAPAN 2011 EPISOD (2)

TSUNAMI....satu perkataan yang sinonim dan amat menggerunkan kepada kita pada masa kini....
Banyak perkara yang hendak diceritakan apabila sebut perkataan akronim yang bermula dengan huruf T ini....(TSUNAMI)...
Bukan sekali perkara nie muncul dalam kehidupan kita malahan sudah menjadi perkara biasa apabila mendengar perkataan ini....
Satu petikan artikel yang menjadi minat aku untuk menceritakan Kisah TSUNAMI bahagian (2)...
Di rencana utama kosmo...

Bagaimana Cara Negara Jepun Melawan Badai Gempa bumi dan Tsunami...???

Menariknya disini apabila berlaku gempa bumi pada magnitud yang kuat...
secara automatiknya kereta api laju dan logi nuklear akan terbehenti....

Gempa bumi dengan kekuatan 8.9 pada skala Ritcher yang berpusat 130 kilometer dari pantai timur laut Sendai Honshu pada kedalaman 24 kilometer (km) itu menghasilakan gelombang Tsunami pada kelajuan , 1000 Kilometer sejam...Sendai juga terletak 400 km dari Tokyo...
Amat menggerunkan....Mengikut laporan kejadian ini adalah antara bencana alam yang terbesar yang melanda Negara Jepun...

Kemudahan gas asli di Miyagi terbakar selepas gempa bumi

Bermula dengan kisah AIR HITAM..
Ombak setinggi 10 meter bukan sahaja mengegarkan plat-plat tanah di negara jepun...
malahan menyebabkan berlakunya tanah runtuh, kebakaran, dan putusnya telekomunikasi seperti bekalan elektrik...
Ini menyebabkan kemusnahan berlaku di kawasan utama seperti di Yokohama di selubungi asap hitam...
Di Kamaichi pula beribu-ribu kenderaan ringan, trak, kapal-kapal di kawasan perindustrian dihanyutkan air hitam yang diselubungi sampah sarap....

Detik-detik ombak gergasi melanda persisiran Iwanumi, Miyagi
Sejarah..
Sejarah di jepun sejak 140 tahun dahulu..
inilah gempa bumi yang terbesar melanda negara matahari terbit itu.....

Kedudukan Jepun iaitu di lingkaran Api Pasifik meletakkan negara Jepun sebagai negara yang paling aktif  menerima gempa bumi....
Apa yang menarik negara Jepun juga diiktiraf sebagai negara yang mempunyai teknologi dalam mengurangkan bencana alam dan kecekapan dalam sisitem pengurusan bencana yang terbaik di dunia....
Malahan menurut Agensi Meteorologi Jepun mampu menyebarkan maklumat semasa gempa bumi dan Tsunami dalam masa 3 minit, "kata Dekan Fakulti Pengurusan Universiti Kyot, Jepun, Dr. Kiyoshi Kobayashi".


Jepun mempunyai sejarah panjang kemusnahan akibat gempa bumi dan Tsunami
Kerajaan jepun telah memberi perhatian yang serius dengan kejadian ini..
Apabila berlaku gempa bumi, data yang mengandungi magnitud dan lokasi serta-merta disiarkan oleh stesen televisyen kebangsaan NHK...
Mesej Amaran juga akan dikeluarkan jika terdapat tanda-tanda berlakunya gempa bumi dan tsunami..
Ini boleh dilihat apabila berlakunya gegaran yang kuat kereta api laju dan logi nuklear akan berhenti secara automatik....

Nota Tangan..


Diharap kita mendoakan keselamatan Negara Malaysia agar terlindung daripada berlakunya musibah ini..
Kita juga seharusnya mengambil iktibar daripada kejadian ini..
Kerana kemajuan ekonomi seperti di Jepun tidak menjanjikan kesenangan dalam kehidupan kita..
Kerana jika Allah ingin memberi musibah kepada kita..
Sekelip mata kemewahan yang dimiliki disesebuah negara itu akan musnah dan hilang...
Bersama-samalah kita menghayati peristiwa di Negara Jepun ini sebagai renungan Keinsafan bersama...

1 comments:

puteri ain said...

harap tsunami tak akan menyerang malaysia..dan negara2 lain..serta tidak akn mngorbankan byk lagi nyawa..

Post a Comment

Takkan baca jer kot...




Back to Top